Entah apa yang tidak kena pada mata netizen dengan selebriti yang juga ikon fesyen, Neelofa atau lebih mesra disapa sebagai Lofa. Hampir apa sahaja yang dibuat oleh pengacara MeleTOP ini menjadi topik hangat netizen.

Koleksi Terbaru Seperti Kain Langsir


Terbaru, Lofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menerusi perniagaannya, Naelofar Hijab telah melancarkan koleksi terbaru skaf mereka, Fleur de Lofa dimana Lofa sendiri menjadi modelnya.

Namun dek kerana penataan gaya yang dilihat menerusi Instagram nya, Lofa menjadi bahan usikan netizen apabila menganggap fesyen skaf nya itu persis kain langsir dan ada juga yang melihatnya seperti terperangkap dalam balutan kain tersebut.

Tetap Cantik!


Meskipun kelihatan pelik pada mata sesetengah netizen, ramai juga yang memuji koleksi terbaru Lofa ini yang dilihat sungguh cantik dan menganggap selebriti ini kelihatan anggun mengenakan apa sahaja.

Menerusi Instagram nya, Lofa mengucapkan terima kasih pada peminat dan netizen yang selama ini menyokong jenama tudungnya. Apa pun tahniah Lofa atas pelancaran koleksi terbaru ini!