Gara gara satu video yang dimuatnaik oleh suaminya Adam Sinclair yang melihatkan Yuna Zarai tidak bertudung, perkara itu kemudiannya tersebar di laman sosial. Menerusi video yang dimuatnaik di IG Stories, Adam sedang merakam video di mana bapanya sedang membuat sebuah lukisan abstrak. Adam seperti tidak sengaja merakamkan momen ini sehingga memperlihatkan Yuna hanya memakai topi tanpa mengenakan tudung.

Kontroversi pemakaian tudung Yuna ini sudah lama diperkatakan. Dipetik dari Astro Awani, cara Yuna memakai tudung sering dikritik sehinggakan Yuna pernah membalas sendiri komen seorang remaja milik @xxsjune di akaun Instagramnya.

Yuna Sekolahkan Remaja Tegur Pakaian


Yuna memilih untuk menegur remaja tersebut pada foto yang memaparkan gambar remaja tersebut bersama dua rakannya, seorang daripada rakan remaja itu dilihat tidak mengenakan tudung dan seorang lagi berlengan pendek. Menerusi komennya, Yuna mempersoalkan budi bahasa remaja itu yang menggunakan panggilan ‘kamu’ merujuk kepada penyanyi tersebut.

BACA  Ramalan Juara AJL32: Terbukti Nyanyi Lagu Sendiri Jadi Pilihan Juri

Janganlah Terus Menghentam


Berbalik kepada isu tudung yuna ini, walaupun Yuna ada membuka sedikit ruang yang harus ditutup terutamanya bahagian dada dan leher, janganlah kita terus menghentam. Sebaliknya, kite cuba untuk berikan teguran dan kesedaran kepada Yuna dengan cara lebih berhikmah.

Sekurang-kurangnya beliau masih cuba untuk bertudung dan cara bertudung yuna setidak-tidaknya telah menggalakkan ramai lagi untuk bertudung. Mula-mula mungkin salah pemakainya, jika terus dipakai, lama-lama akan diperbaiki.

Sumber Astro Awani

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Gara-gara Bulu Kening, Pelanggan Teruk Dibelasah
Artikel SeterusnyaPeminat Teruja Siwon Datang Ke Malaysia Demi Banteras Buli!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.