Aplikasi TikTok yang popular di rantau Asia mula mendapat sambutan sekitar dua bulan yang lalu. Jika di Indonesia mereka sudah menyekat aplikasi tersebut tetapi tidak di Malaysia kerana ianya semakin popular dari hari ke hari. Jika Instagram punyai pengikutnya tersendiri, TikTok juga begitu sehingga ada beberapa individu yang popular menerusinya termasuklah dua Pegawai Penjara dari Kompleks Penjara Pokok Sena ini.

Video Tontonan Cecah Lebih 2 Juta


Pada mulanya dua sahabat ini, Mushawir  atau nama sebenarnya Abdul Mushawwir Baderi,30 dan Irham Basir, 25 yang lebih dikenali sebagai Irham membuat video tersebut hanya sekadar hiburan di kala waktu lapang sahaja. Namun tanpa disedari, beberapa video mereka mula menarik perhatian ramai dan tular di media sosial sehingga mendapat jumlah tontonan lebih dua juta di aplikasi tersebut.

“Pada mula nya kami hanya cuba sekadar suka-suka, dan selepas membuat beberapa video kami mula terkejut kerana ada video yang mencecah 1 hingga 2.4 juta penonton di TikTok. Selepas tularnya video tersebut ramai rakan-rakan memberi komen positif dan tidak kurang juga yang negatif. Namun itu perkara biasa kerana video yang dibuat juga adalah sekadar hiburan semata-mata”

Digelar Abang TikTok


Ketika ditemui Hangat.com, menurut mereka selepas tularnya video tersebut mereka mula dikenali ramai sebagai Abang TikTok. Sering kali dilihat bersama, ada yang mendakwa kedua-dua orang sahabat ini merupakan pasangan sejenis.

Menolak dakwaan tersebut,mereka hanya bersahabat baik memandangkan kedua-duanya mempunyai hobi yang sama dalam pelbagai bidang,

“Sebenarnya kami bukanlah pasangan sejenis seperit didakwa tetapi merupakan rakan sejawatan dan kebetulan pula mempunyai minat yang sama. Jadi bagi saya kami lebih bersependapat dan membantu antara satu sama lain jika memerlukan” jelas Mushawwir lagi yang turut mempunyai sebuah kumpulan Busker yang dikenali sebagai Friend’s Busker di utara tanah air.

Tanggapan Anggota Beruniform


Jika sebelum ini, terdapat sesetengah anggota beruniform yang ditegah membuat video di aplikasi ini, bagi mereka bidang pekerjaan masih lagi menjadi keutamaan. Menjawab persoalan tersebut, bagi Irham pula video-video yang dihasilkan mereka tidaklah keterlaluan dan menjejaskan imej mereka sebagai pegawai penjara.

Setiap video itu pula diambil selepas mereka bertugas bagi menghilangkan tekanan di tempat kerja. Untuk anda yang tidak tahu, video-video yang dirakam adalah secara spontan dan hanya mengambil masa 10 hingga 15 saat untuk merakamkannya.

Artikel Sebelumnya4 Hal Ini Patut Dielakkan Pada Bulan Pertama Pernikahan
Artikel Seterusnya[VIDEO] Gara-gara Bulu Kening, Pelanggan Teruk Dibelasah
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress