Umum mengetahui bahawa sebuah kapal mewah yang dikenali sebagai Equanimity dikaitkan dengan isu politik negara malah turut dikategorikan sebagai kes berprofil tinggi. Kapal tersebut yang dipercayai milik ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah pun berlabuh di tanah air dan dijangka akan dijual pada mereka yang berminat.

10 Fakta Menarik Mengenai Kapal Mewah Equanimity

Ketepikan soal kontroversi tersebut, Hangat.com ingin rumuskan 10 fakta menarik mengenai kapal ini yang kami pasti ramai yang tidak tahu dan barangkali akan terpegun dengan fakta berikut.

1Equanimity bernilai RM1 billion

Jika dilihat pada luarannya, mungkin ianya hanya sekadar kapal biasa. Namun jika anda lihat pada kemudahan dan apa yang ada dalam kapal ini, kami pasti anda tidak mahu keluar dari Equanimity. Bernilai RM1 Bilion, kapal mewah ini mempunyai 482 kuasa kuda dan mampu bergerak laju sehingga 19 knots (35 km/j). Rekaan dalam Equanimity telah dibina oleh Winch Design manakala Oceanco ditugaskan untuk menyiapkan dibahagian luar kapal.

2Kos Selenggaraan Cecah RM3 Juta Sebulan

Untuk pengetahuan anda, kos penyelengaraan untuk sebuah kapal layar mewah di Langkawi hanya mencecah kira-kira RM75,000 sebulan namun tidak bagi kapal kontroversi ini kerana kos untuknya dianggarkan RM3 Juta sebulan! Menurut Pengarah operasi Mega Yacht Club of Vanuatu Ltd, Nicholas de Souza, jumlah itu lebih daripada mencukupi untuk mengambil anak-anak kapal tambahan sehingga 25 orang dengan gaji yang tinggi dan kapten kapal kanan secara tetap.

3Kapal Layar Mewah Bersaiz Mega

Kapal sepanjang 91.5 meter itu tiba di Pelabuhan Klang semalam selepas kerajaan Indonesia, yang merampasnya awal tahun ini, bersetuju untuk menyerahkan penjagaannya kepada pihak berkuasa Malaysia. Namun begitu dengan kepanjangannya itu Equanimity dianggap sebagai sebuah kapal layar dalam kelas mega dan tidak ada marina di Langkawi mempunyai kapasiti untuk menerima kehadiran kapal yang bersaiz sebegitu besar.

4Maksud Equanimity

Pada mulanya nama kapal ini kami menganggap barangkali diambil dari sebuah syarikat terkenal. Namun sangkaan tersebut ternyata salah kerana Equanimity bermaksud sebuah ketenangan yang berasal dari perkataan Latin, æquanimitas.

5Tersenarai Dalam 60 Kapal Paling Mewah Di Dunia

Tidak hairanlah kapal ini bernilai 1 Juta kerana kapal ini menduduki tangga yang ke 54 daripada 60 kapal paling mewah di dunia! Barangkali jika di Malaysia, Equanimity bakal menjadi kapal paling mewah.

6Equanimity Raih Dua Anugerah Di Dunia

Terima kasih kepada Jho Low kerana menjadikan Equanimity sebagai kapal kedua yang menjadi perhatian dunia selepas Titanic. Bukan itu sahaja, kapal ini juga merupakan pemegang dua anugerah iaitu Pemenang kategori New Finest Yacht di Monaco Yacht Show Awards 2014 dan Pemenang Best Yacht of the Year (melebihi ukuran 82 meter) di World Yachts Trophies 2014

7Turut Mempunyai Panggung Wayang

Benar! Selain panggung wayang, Equanimity turut mempunyai pelbagai kemudahan lain persis sebuah istana mewah di atas laut. Ini termasuklah

  • Jakuzi di atas dek
  • Bilik sauna
  • Pad pendaratan helikopter
  • Kolam renang
  • Beach club
  • Spa dan salon kecantikan
  • Gym
  • Lif
  • Garaj bot
  • Bilik Mandian Turkish
  • Tab mandian peribadi
  • Penstabil kelajuan sifar
  • Lampu Bawah Air
  • Bilik Persendirian

8Mempunyai 9 Kabin (Bilik)

Equanimity secara keseluruhannya mempunyai 9 buah bilik kabin dimana didalamnya mempunyai 1 bilik utama, 4 bilik VIP, dan 4 kabin berkembar yang boleh memuatkan sehingga 26 orang tetamu dan 30 orang krew menjadikannya secara total 56 orang dalam satu masa.

9Berlayar Bersama Kibaran Satu Bendera

Ketika belayar di atas laut, Equanimity dikatakan berlayar menggunakan satu bendera. Bukan Malaysia mahupun Indonesia, sebaliknya bendera Kepulauan Cayman (Cayman Islands) telah berkibar dalam pelayaran tersebut.

10Kapal Jordan Belfort’s Tidak Dapat Tandingi Equanimity

Jika anda pernah menonton filem The Wolf of Wall Street yang dibintangi oleh Leonardo De Caprio pasti akan terperasan sebuah kapal mewah milik Jordan Belfort’s. Jika dibandingkan ternyata ianya tidak mampu menandingi Equanimity kerana kapal tersebut hanya berukur 167 kaki berbanding Kapal Jho Low yang bersaiz 300 kaki.

Artikel SebelumnyaAnak Nora Danish Dahulu Dihina & Dikutuk Tetapi Sekarang Dipuji?
Artikel SeterusnyaStail Rambut Sehidup Semati Janna Nick & Syafiq Kyle?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress