Bagi seseorang gadis, pensil bulu kening adalah senjata berdandan paling penting. Zaman sekarang gadis-gadis kurang yakin diri jika harus keluar rumah tanpa bulu kening yang cantik. Tak hairan jika kini banyak salon yang menyediakan perkhidmatan sulam bulu kening. Tujuannya, kemudahan untuk gadis-gadis menghabiskan waktu yang lama di cermin.

Tapi, bagaimana jika pelanggan yang datang ke salon kecantikan, bukannya makin cantik  malah makin buruk. Dipetik dari Nextshark,  sebuah salon khusus mencantikkan kuku di New Red Apple, East Flatbush, Brooklyn, New York mengalami kekecohan akibat seorang wanita tak mahu membayar perkhidmatan sulam  kening yang hanya sekitar RM18.

Bukannya tanpa sebab, wanita ini menolak membayar lantaran bulu kening yang dia miliki dicukur sampai botak. Kerana tindakannya ini, pihak salon pun tak terima dan membelasah wanita tersebut.

Terlihat seorang lelaki yang cuba memberhentikan kekecohan tersebut pun hampir terkena pukulan. Polis juga tidak terlihat berada di lokasi untuk menghentikan sekumpulan pekerja salon yang membelasah wanita tersebut.

Namun beberapa video muncul di lama Youtube menunjukkan pelanggan-pelanggan yang bernasib malang tersebut mengadakan perhimpunan tunjuk protes di hadapan kedai itu. Tak sangka, kerana bulu kening pun boleh sampai cetuskan perhimpunan kecil.

Sumber NextShark

Artikel SebelumnyaDua Pegawai Penjara Ini Popular Kerana TikTok!
Artikel Seterusnya[VIDEO] Suami Tak Sengaja Rakam Video Yuna Tak Pakai Tudung
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.