Semalam telah berlangsungnya sebuah kempen membanteras gejala buli telah berlangsung di ibu negara. Melibatkan sebuah jenama telco terkenal dan juga UNICEF, dalam majlis itu juga turut kelihatan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar, Lisa Surihani dan juga artis Korea terkenal, Choi Siwon atau lebih dikenali sebagai Siwon.

Siwon Hadir Sebagai Panel UNICEF


Ternyata kelibat ahli kumpulan Super Junior itu di KLIA baru-baru ini terjawab apabila dia sebenarnya telah datang ke Kuala Lumpur sebagai salah seorang panel dalam kempen itu. Selain Malaysia, Siwon sebelum ini telah ke Thailand dan Brunei bagi menyampaikan mesej yang sama.

Gambar Nurul Izzah Bersama Siwon Buat Peminat Cemburu


Dalam perkembangan lain, bintang K-Pop itu bersama-sama Nurul Izzah turut dilihat bergambar bersama yang dikongsi ahli parlimen itu di Instagram nya.

Melihatkan pada sedutan video itu, rata-rata peminat Siwon meluahkan rasa iri hati apabila Nurul Izzah berpeluang bergambar bersamanya.Fanatik betul ya peminat-peminat K-Pop ini!

BACA  Siwon Tidak Lagi Bersama Super Junior
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Suami Tak Sengaja Rakam Video Yuna Tak Pakai Tudung
Artikel SeterusnyaAliff Syukri Dituduh Kaki Gebang Soal Harga?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress