Pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini dituduh ‘kaki gebang’ soal harga kos rawatan mata anaknya. Sebelum ini anak sulung Aliff iaitu Ammar Ahyan telah selamat menjalani pembedahan ke atas matanya yang juling. Menurut Aliff Syukri, pembedahan itu dilakukan selepas anaknya mengadu sering diejek oleh rakan-rakannya kerana kecacatan di mata anak lelakinya itu.

Kos Rawatan Mata

Namun ramai yang tertanya-tanya berapa jumlah kos keseluruhan pembedahan itu. Menerusi sebuah platform yang diperkenalkan oleh Instagram ‘Ask The Question’, peminat boleh bertanya terus kepada Aliff. Dalam kenyataannya pada Julai yang lalu, Aliff mendedahkan bahawa kos bagi pembedahan mata anaknya mencecah RM15 ribu. Aliff memberitahu, demi anak yang tersayang, dia tidak kisah mengeluarkan wang sebanyak itu.

BACA  [VIDEO] 'Memang Dia Riak'- Aliff Syukri Dibuli Isteri Sendiri

Namun sebaliknya terjadi apabila peminat bertanya soalan yang sama sebentar tadi. Peminat bingung kerana Aliff memberi respon dengan jawapan yang berbeza. Kali ini Aliff menyatakan kos keseluruhan rawatan mata anaknya berjumlah RM25 ribu pula.

Kaki Gebang?


Yang menjadi persoalan adakah Aliff tersalah taip ataupun dia tidak tahu kos sebenar rawatan itu. Rata-rata peminat menuduh Aliff ‘Kaki Gebang’ dalam menyatakan harga atau kos yang betul.

 

Artikel SebelumnyaPeminat Teruja Siwon Datang Ke Malaysia Demi Banteras Buli!
Artikel Seterusnya[VIDEO] Aliff Syukri Tegas Mendidik Anak-Anak Dipuji Netizen
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.