Ramai yang menganggap bahawa usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai seorang yang suka menunjuk akan kemewahannya pada umum. Meskipun dikecam hebat, jutawan itu punyai alasannya tersendiri dan mengutamakan keluarganya dalam apa cara sekali pun.

IKLAN

Kerana Pokok Cili, Anak- Anak Dimarahi Aliff


Terbaru, menerusi video perkongsiannya di Instagram, kelihatan Aliff menghukum anak ketiganya, Ibrahim kerana merosakkan tanaman yang diusahakannya selama ini. Dalam perkongsian dua video tersebut, Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Baim menangis teresak-esak kerana dimarahi serta turut dihukum Aliff atas perbuatannya itu.Malah anak sulungnya, Amar turut tidak terlepas daripada dimarahi kerana tidak menegur adiknya.

BACA  [GAMBAR] Aishah Muat Naik Surat Tuntutan Mahkamah Terhadap DSV Di Instagram

Menurut Aliff, perkongsian itu dibuat kerana dia perlu bertegas dan tidak perlu memanjakan anak-anak dengan kemewahan yang ada. Malah dia turut khuatir jika terlalu manjakan anak-anak kelak mereka pula akan memberontak dan ‘memijak kepala’.

View this post on Instagram

penat saya tanam pokok sayur sy berbulan..smua @baem_adham cabut dan simbah dgn clorok habis mati .. hnya org yg tahu syg ya pokok2 shaja tau perasaan syπŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“ anak2 ni kalau kita baik sgt dia pijak kepala.. . . . . siapa nak sambungan vedio ni?? oh abg kosmetik 3 dah bermula hny di youtube…kalau korang nak tngok sambungan kehidupan sy sy akan update hari hari ala2 paprazi… blh tngok youtube Tv Terlajak Laris sy dah psoting yaaa..tpi nak tngok kena subscribes ye dulu baru boleh tngok.. sbb vedio tu lebih 10mnit di ig seminit jeerr soo korang boleh belajar cara masa yg betul.. #jakarta #indonesia #bandung #cook #chef #gendut #banjar #food #jawabarat #letscook #mylifestye #ohabangkosmetik #luxurylifestyle #healthylifestyle #deco #bisnesman #beauty #malaysia #aceh #welovejakarta #mensfashion #youtube #tv #terlajaklaris

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Netizen Puji Sikap Aliff


Melihatkan pada video tersebut, rata-rata netizen memuji sikap Aliff yang sentiasa bertegas dalam mendidik anak-anak.

BACA  10 Pesona Oksana Voevodina, Ratu Cantik Yang Dikhabarkan Jadi Permaisuri Agong

Tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan Aliff sehingga salah satu video tersebut telah dipadam dari akaunnya. Barangkali Baim mahukan perhatian yang lebih daripada ibubanya memandangkan pasangan itu baru sahaja dikurniakan cahaya mata keempat mereka, Yusoff Al-Qardawi.