Acara kemuncak bagi peminat fesyen tanah air, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kini kembali lagi bagi edisi 2018. Bermula pada 8 Ogos yang lalu dan kini masih lagi sedang berlangsung ramai selebriti dan peminat hadir ke KLFW bagi melihat sendiri koleksi terbaru pereka-pereka terkenal yang diadakan di pusat membeli belah terkemuka ibu negara, Pavilion.

10 Gaya Selebriti Di KLFW 2018


Ramai selebriti dilihat berada di KLFW meskipun baru dua hari berlangsung. Malah ada diantara mereka yang turut menjadi model peragaan koleksi jenama-jenama terkenal. Berikut adalah gaya 10 selebriti yang menarik perhatian kami di Hangat.com

2Datuk Seri Siti Nurhaliza

Less is more! Penyanyi kesayangan ramai ini biarpun memakai sepersalinan yang agak ringkas namun gaya kemasan serta warna tudungnya menaikkan lagi seri Datuk Seri Nurhaliza

3Fazura

Cantik dan santai sekali melihat aktres Fazura menggayakan busana dari Mimpi Kita. Nampak selesa dan padan dengan tona kulit pelakon ini.

4Scha Al-Yahya

Tona biru serta aksesori dari Roger Viviver dan Victoria Beckham memperlihatkan ibu kepada Lara Alana ini tampak lebih professional dan ranggi dengan persalinan tersebut.

6Idris Khan

The Rule Breaker! Aktor tinggi lampai ini memakai Givenchi For Men dimana ianya merupakan salah satu jenama di bawah The Melium Group

7Litte Miss Khan (Ameera Khan)

Gambar : IG Taufiq Helios

Ameera Khan berjaya tampilkan pengaruhnya sendiri apabila tampil ‘nakal’ dengan persalinan rona hitam putih!

8Liyana Jasmay

Siapa kata berhijab tidak boleh berfesyen? Liyana Jasmay telah buktikannya! Malah dia begitu anggun sekali menggayakan busana Minluna berwarna merah jambu.

9Vivy Yusoff

Tidak dinafikan pemilik Fashion Valet ini sememangnya bergaya. Yang pasti setiap citarasanya begitu elegan dan tampak menawan!

10Jihan Muse

Satu lagi sisi lain Jihan Muse. Kelihatan begitu sporty dengan elemen rock and roll yang dibawa. Funky Mommy spotted!