Masih lagi hangat memperkatakan mengenai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018. Dimana pada acara fesyen terbesar ini menampilkan kehadiran ramai selebriti terkenal bagi melihat koleksi pereka-pereka terkenal.

Neelofa Tampil Di Atas Pentas Peragaan


Semalam, turut menjadi tumpuan adalah beberapa selebriti yang menggayakan jenama di bawah The Melium Group termasuk Neelofa. Kelihatan anggun menggayakan jaket penuh berwarna perang, Neelofa tampil memperagakan pakaian tersebut di atas pentas peragaan. Selain Neelofa, selebriti lain yang menggayakan jenama tersebut adalah Awal Ashaari, Idris Khan, Syafiq Kyle, Siti Saleha dan ramai lagi.

Pakaian Terlalu Seksi, Nampak Bentuk Buah Dada


Namun begitu, melihatkan pada gambar dan video yang dimuatnaik di Instagram, rata-rata netizen memberi komen negatif mengenai pakaian tersebut.

BACA  Cipta Rekod 5 Juta 'Followers'! 5 Selebriti Malaysia Ini Juara Instagram

Menurut mereka, pakaian tersebut seperti terlalu seksi dan menampakkan bentuk tubuh Neelofa yang agak ketara. Ramai yang menasihati pengacara ini agar tampil berhati-hati dalam berfesyen apatah lagi statusnya yang kini berhijab.

Apa pula kata anda? Barangkali warna tersebut tidak sesuai digayakan oleh Neelofa dan menampakkan sisi tubuh badannya.

Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Gaya 10 Selebriti Melaram Sakan Di KLFW 2018
Artikel SeterusnyaSatu Malaysia ‘Tertipu’ Dengan Video Ally Iskandar!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress