Dipetik dari The Sun, ternyata Puteri Diana sempat melafazkan kata-kata terakhirnya pada seorang anggota bomba yang cuba menyelamatkan nyawanya.

Xavier Gourmelon menjadi orang bertuah yang mendengar kata-kata terakhir dari The Duchess of Wales ini ketika bertugas di lokasi kemalangan.

Foto: AFP
Foto: www.thesun.co.uk

“Kereta itu remuk dan kami bergegas ke lokasi kemalangan melihat siapa yang perlukan bantuan dan siapa yang masih hidup,” kata Gourmelon.

Gourmelon menyatakan bahawa saat itu Puteri Diana bertanya kepadanya seperti berikut:

“Ya Tuhan, apa yang terjadi?” ucap Puteri Diana,

Pada saat itu, keadaan ibu kepada Putera William dan Putera Harry ini begitu mengerikan ketika ditemui di kerusi penumpang. Puteri Diana hanya mampu bergerak sedikit kerana cedera ringan di bahu kanannya.

FOto: www.thesun.co.uk
Foto: www.thesun.co.uk

Lebih mengejutkan, Gourmelon tidak melihat setitis darah pun keluar dari tubuh Puteri Diana. Namun, beberapa saat setelah diberi oksigen, secara tiba-tiba Putri Diana menderita serangan jantung dan berhenti bernafas.

“Saya menekan jantungnya dan beberapa detik kemudian dia mula bernafas lagi. Itu sangat melegakan kerana, sebagai responden pertama, anda ingin menyelamatkan nyawa dan itulah yang saya pikir telah saya lakukan. Sejujurnya saya fikir dia akan hidup. Sejauh yang saya tahu ketika dia di dalam ambulans dia masih hidup dan saya berharap dia akan hidup. Tapi saya dapat tahu kemudian dia meninggal di Hospital. Ia sangat dikesali,” kenang Gourmelon.

Didiagnosis menderita luka dalaman, Puteri Diana dikatakan meninggal dunia pada jam 4 pagi.

“Ketika saya sampai di keretanya,  saya boleh perhatikan pemandunya sudah mati dan tidak ada yang boleh dilakukan untuknya,” kata Gourmelon.

Lebih menyedihkan, keadaan Dodi sangat kritikal ketika ditemukan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber THESUN

Artikel SebelumnyaSatu Malaysia ‘Tertipu’ Dengan Video Ally Iskandar!
Artikel SeterusnyaPuteri Balqis Teruja Kembali Berlakon Selepas Menghidapi Barah
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.