Jika anda tidak pernah bercuti berseorangan, anda pasti rasa cuak atau gementar untuk pergi seorang diri. Pasti anda fikirkan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru tanpa teman disisi.

Foto: Nigerian Adventures

Yang baru sahaja putus cinta dan merancang untuk melancong seorang diri buat pertama kali, anda patut cuba bercuti sendirian. Pastikan anda membawa telefon pintar dan muat turut aplikasi ini. Aplikasi-aplikasi ini juga boleh buatkan anda tak rasa bosan dan kesepian ketika melancong.

1Tinder

Kebiasaannya, pada yang suka melancong seorang diri ini mahu mencari ketenangan tanpa ada sebarang gangguan daripada orang disekitar. Mungkin juga ingin bertemu orang baru, memulakan cerita baru dan cinta baru. Nah! Aplikasi ini boleh membantu anda yang belum move on untuk bertemu dengan orang-orang baru. Siapa tahu, dengan aplikasi ini anda boleh menemukan tambatan hati yang baru.

BACA  'Kissenger': Aksesori Terbaru Telefon Pintar Untuk Bercium

2Mamba

Aplikasi yang satu ini juga boleh digunakan untuk anda mencari jodoh. Biar anda tak kesepian lagi. Bagusnya dengan menggunakan aplikasi ini anda boleh dapat pasangan dari luar negara. Tapi jangan buat perkara yang bukan-bukan ya!

3Kode Keras Cewek

Jika anda masih belum mahu mencari pasangan baru, mungkin anda boleh mencuba dengan mengisi masa terluang dengan aplikasi permainan yang satu ini. Melalui game Kode Keras Cewek, membuat harimu tak membosankan.

4Couch Surfing

Platform yang terbaik untuk mendapatkan pengalaman yang menarik ketika melancong seorang diri adalah melalui Couchsurfing. Bukan sahaja platform ini free, tetapi di platform inilah saya mendapat ramai kawan dari berbagai negara.

BACA  6 Kesilapan Besar "First-Timer Traveller" Sepanjang Percutian Mereka

Memang benar ada ketikanya Couchsurfing pernah menjadi isu kerana ianya dikatakan kurang selamat digunakan, tetapi tidak semuanya buruk dan hakikatnya kelebihan couchsurfing melebihi keburukannya. Menariknya kita akan bertemu dengan seseorang yang mempunyai minat yang sama.

5Line Webtoon

Jika keempat-empat aplikasi diatas tak membantu, jadi anda perlukan aplikasi lain seperti Line Webtoon. Line Webtoon merupakan salah satu aplikasi membaca komik yang sangat popular.

Aplikasi ini pengguna boleh membaca berbagai genre komik, termasuk bertemakan romantis. jadi anda boleh melayan perasaan sambil mengembara ke mana-mana. Nah, semoga aplikasi di atas boleh membuat hidup anda lebih berwarna lagi ketika melancong seorang diri.

Artikel SebelumnyaWajah Terbaru Aaron Carter Selepas Jalani Rehabilitasi
Artikel SeterusnyaSuami Suka Tengok Porno? Ini Nasihat ‘WIN’ Noorkhiriah Pada Si Isteri
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.