Setelah sekian lama tidak beraksi di hadapan kamera selepas disahkan menghidap barah pada awal Julai lalu, pelakon cilik Puteri Balqis Azizi, meluahkan rasa teruja serta gembira apabila dapat kembali ke set penggambaran baru-baru ini.

Ibunya, Norashikin Mohd Aziz mengesahkan pelakon itu sudah mendapat kekuatannya semula bagi meneruskan kerjaya lakonan.

View this post on Instagram

Tqqq @joelabus27 @maps_perak #shooting

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on

“Balqis sangat rindu untuk kembali ke set, maklumlah itu jiwa dia kan. Kami tidak paksa tapi dia sendiri yang nak dan kami ‘okay’ saja dengan keputusannya.

“Hari ini adalah hari pertamanya kembali berlakon selepas kesihatan beransur pulih. Dia sebenarnya masih dalam proses rawatan lagi namun keadaannya sekarang semakin bertambah baik.

“Alhamdulillah, dia masih diberikan kekuatan dan semangat untuk kembali bekerja,” katanya yang sebelum ini mengesahkan Balqis menghidap barah selepas pelakon itu memuat naik gambar beliau yang sedang memakai topeng muka di Instagram.

Sebelum ini, kisah Puteri Balqish menjadi tumpuan ramai apabila dia dilaporkan selalu muntah dan demam berpanjangan. Hashtag #FightCancer di laman Instagram juga telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Artikel SebelumnyaAhli Bomba Dedah Ungkapan Terakhir Puteri Diana Sebelum Meninggal Dunia
Artikel SeterusnyaAzrel Ismail Bengang Disamakan Dengan Remy Ishak
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"