Heboh di laman sosial apabila salah seorang pelakon filem Pulang ‘naik hantu’ terhadap seorang individu yang menegur fizikalnya dalam filem berkenaan. Pelakon Azrel Ismail mengaku ketika dia membalas Tweet itu, dia sedang dalam keadaan marah.

“Saya tiada niat langsung untuk mencetuskan sebarang kontroversi. Saya mohon maaf di atas keterlanjuran penggunaan perkataan ‘orang asli’ dalam ‘tweet’ komen yang ditulis”, Katanya melalui Harian Metro.

“Saya memang dalam keadaan marah ketika itu. Maafkan saya,” katanya Lagi.

Pelakon berusia 34 tahun ini dilaporkan gagal mengawal kemarahannya apabila membalas tweet dengan menggunakan perkataan ‘Orang Asli’.

 “Saya boleh terima teguran seandainya apa yang dikatakan itu adalah berdasarkan pada teknik lakonan.

“Tetapi, individu berkenaan tiba-tiba menyentuh mengenai otot (biceps) dan jambang yang jelas tidak ada kaitan dengan lakonan saya dalam filem Pulang,” Tambahnya Lagi.

Azrel memberitahu dia enggan lagi memanjangkan isu berkenaan. Pembaca Hangat.com ada yang belum menonton filem Pulang lakonan Azrel bersama Remy Ishak dan Puteri Aishah? Kalau belum, jom tonton hari ini ya!

BACA  'Pontianak Itu Tenung Saya' - Fazura Kongsi Kisah Seram Di Set

Hangat.com berharap agar Azrel tidak cepat melatah dengan apa jua komen negatif dari mana-mana pihak. Biasalah dalam dunia showbiz, tak semua orang akan sukakan kita. PEACE!

Sumber: Harian Metro

Artikel SebelumnyaPuteri Balqis Teruja Kembali Berlakon Selepas Menghidapi Barah
Artikel SeterusnyaAnak Nora Danish Dahulu Dihina & Dikutuk Tetapi Sekarang Dipuji?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"