Terdahulu, selebriti popular Nora Danish mengakui hatinya terguris sehingga menangis apabila ada sesetengah netizen yang bersikap kurang ajar mengutuk serta menghina paras rupa anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim atau lebih dikenali dengan nama timangan Ney Ney.

Terbaru, Ney Ney sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila Nora memuat naik gambar ‘selfie’ bersama anaknya itu di Instagram. Ramai yang cukup teruja melihat perubahan wajah Ney Ney yang dikatakan sudah semakin comel dan kacak.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter mempersoalkan mengapa bayi Nora dan Nedim Nazri tidak comel sedangkan ibu bapanya cantik dan segak.

Untuk pengetahuan pembaca Hangat.com, wajah bayi yang baru lahir masih belum berkembang dengan sempurna. Wajah bayi akan berubah-ubah dari wakti ke waktu, sebab itu belum nampak lagi kecomelan ataupun iras dengan orang tua bayi tersebut. Sebelum kutuk, pastikan tahu fakta, jangan jadikan bayi mangsa kecaman juga.

BACA  Netizen Kecam Baju Raya Nora Danish Kerana Tak Sopan?

Apapun pada pandangan Hangat.com, Ney Ney memang comel dan bam bam! Rasa macam nak gigit je pipi pau Ney Ney tu.. hehehehe! Soal comel atau tidak adalah perkara subjektif. Sekiranya anda mempunyai anak sendiri dan dikutuk tidak comel, mesti anda pun tak senang duduk kan? So jaga adab okay? Budi bahasa kan budaya kita.. 

Sumber : IG Nora Danish

Artikel SebelumnyaAzrel Ismail Bengang Disamakan Dengan Remy Ishak
Artikel Seterusnya[GAMBAR] 10 Fakta Menarik Mengenai Kapal Mewah Equanimity
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"