Setiap tahun, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) akan diadakan untuk menampilkan busana unik rekaan terkini daripada pereka fesyen tempatan yang terkenal. Pastinya acara besar begini menjadi tumpuan ramai dan dihadiri oleh selebriti, ‘fashionista’, VIP serta ‘social media influencer’ yang memeriahkan lagi majlis.

Walaubagaimanapun, Sharifah Sakinah diantara selebriti yang turut hadir untuk KLFW. Tetapi baru-baru ini, Sakinah meluahkan ketidakpuashatian beliau dengan sikap tetamu yang tidak menepati waktu dan seakan tidak menghormati atur cara seperti yang ditetapkan oleh penganjur. Apa yang membuatkan beliau lebih terkilan ialah mereka yang datang lambat ini hanya bersikap bersahaja dan boleh pula membuang waktu berborak serta bergambar.

This is a rant post. So far, I’ve been attending KL Fashion Week for the past few years. It’s not that that long but long enough to see what’s unacceptable in the event’s scene. Dear fashionista, VIP clients, social media influencers, any important players in the industry and all attendees PLEASE PLEAE PLEASE respect the value of time. Imagine the preparation behind this huge event annually. A lot of people put a lot of hard work for months by the event organizers, designer, models. So: Please arrive on time. (Respect other people’s time) Please enter the hall when being invited. (Tak payahlah lama2 borak2, gelak2, snap pics kat hall luar. Yes, we know you are the invitees). Please sit before the event starts. (Orang nak tengok baju model, bukan baju orang yang baru nak duduk). I know it’s a fashion show, but that doesn’t mean everyone is allowed to be fashionably late. Don’t take the theme to the heart sangat.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

“Setakat ini saya sudah beberapa kali menghadiri KLFW, ia tidaklah meleret panjang tetapi boleh diterima akal. Kepada fashionista, VIP, social media influencers dan sesiapa sahaja dalam industri, tolonglah hormati waktu”

“Bayangkan persiapan untuk acara besar ini saban tahu. Ramai yang sudah bersusah payah selama berbulan-bulan terutama penganjur, pereka fesyen dan model. Jadi, tepati masa. Masuk ke dalam dewan cepat-cepat”

“Tak payahlah borak lama-lama, gelak-gelak, snap gambar kat hall luar. Tolong duduk sebelum acara bermula, orang nak tengok baju model, bukan baju orang yang baru nak duduk,” tulisnya di Instagram.

Bagi Hangat.com, luahan Sakinah ini memang sangat padu, siapa yang terasa itu janganlah marah ya! Dari segi kita tepati waktu juga boleh melambangkan sifat dan disiplin seseorang itu. Cubalah hormati sesebuah majlis itu dan tetamu kenalah beri kerjasama untuk memudahkan kerja penganjur. Haa tepukkkk!

BACA  Sharifah Sakinah Jadi Bibik Untuk Kempen 'Snickers Memahami'

Sumber : IG Sakinah

Artikel SebelumnyaStail Rambut Sehidup Semati Janna Nick & Syafiq Kyle?
Artikel SeterusnyaZizie Ezette Sering Ditinggalkan Oleh Datuk Seri Bung Moktar?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"