Meskipun mempunyai jadual yang sibuk sebagai ahli politik, Datuk Seri Bung Moktar tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang suami dan bapa. Demi menyenangkan kehidupan isteri tercinta, Zizie Ezette untuk menjaga serta menguruskan tiga orang cahaya mata mereka, Bung ada mengupah beberapa pengasuh.

“Walaupun DSBM (Bung) sibuk, tetapi (dia) tidak pernah melupakan tanggungjawabnya dan memudahkan kerja saya dengan mengupah pengasuh bayi. Saya tidaklah hebat tanpa mereka,” kata Zizie kepada BH Online.

Zizie dan Bung mendirikan rumah tangga pada 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak kembar lelaki, iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang kini berusia sembilan bulan. Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat, iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

BACA  Zizie Ezette Tak Sabar Timang Anak Kembar December Ini

Bukan mudah untuk menjadi isteri seorang ahli politik, kena banyak bersabar, bertolak ansur serta memahami kerjaya suami yang sememangnya sibuk. Namun, Zizie dan suaminya masih lagi dapat mengekalkan rumah tangga yang harmoni dan semoga ia berkekal sehingga ke jannah.

Sumber  BHOnline

Artikel SebelumnyaSharifah Sakinah ‘Sembur’ Tetamu KLFW Dengan Ayat Padu!
Artikel SeterusnyaNoorkhiriah Jawab Persoalan Netizen Tentang Cukur Kening?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"