Menjawab keraguan netizen di laman Instagram, pelakon yang kembali beraksi di kaca TV, Noorkhiriah tidak melenting dengan persoalan tersebut dan menjawab dengan jujur.

Rata-rata pengikut di laman Instagram Noorkhiriah memuji kejujuran yang ditunjukkan oleh aktres berbakat besar ini dan berharap agar Noorkhiriah terus istiqamah. Netizen juga berterima kasih kepada Noorkhiriah yang secara tidak langsungnya telah mengingatkan kaum wanita di luar sana agar tidak mencukur kening.

“Ya dik, dulu akak cukur kening akak. Tapi sekarang tak. Macam ni tengok, kening akak, dia memang tak nak tumbuh.

“Zaman akak jahiliah dulu memang akak cukur, but nowadays no more. No more cukur-cukur. Menyesal uols,” kata pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie menerusi video yang dimuatnaiknya baru-baru ini.

Noorkhiriah mengakui menyesal dengan tindakannya mencukur kening satu masa dahulu. Apapun Hangat.com mendoakan agar Noorkhiriah terus berjaya dalam dunia seni dan jangan berhenti ya…

BACA  Selain Hanez Suraya, 5 Pelakon Ini Nekad Berhenti Berlakon

Sumber : IG Noorkhiriah

Artikel SebelumnyaZizie Ezette Sering Ditinggalkan Oleh Datuk Seri Bung Moktar?
Artikel SeterusnyaBukan Gimik! Ini Video Sebenar Selepas Baby Shima Pengsan Di Big Stage
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"