Bukan gimik namun sebaliknya ianya benar-benar terjadi semalam ketika berlangsungnya konsert Big Stage kedua dimana salah seorang peserta rancangan realiti itu, Baby Shima pengsan sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian asal Nike Ardila.

Dikejarkan Ke Hospital


Ramai yang terkejut setelah melihat Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli rebah dan menyangka ianya sekadar gimik.

Namun ternyata telahan mereka itu salah setelah anggota paramedik telah datang memberi bantuan dengan kadar yang segera. Walaubagaimanapun tidak lama kemudian, pengacara Big Stage, Aliff Satar dan Sherry Al-hadad memaklumkan kepada semua penonton bahawa Shima telah sedarkan diri dan diteruskan dengan persembahan peserta seterusnya.

Terlalu Letih


Menurut sumber, Shima jatuh pengsan kerana terlalu penat dan jadualnya juga terlalu ketat.

Pihak pengurusannya memaklumkan Shima kini telah stabil dan diminta untuk berehat terlebih dahulu sebelum meneruskan persembahannya pada minggu hadapan. Dalam konsert kali ini, Fara Hezel menjadi peserta pertama yang tersingkir.

Gambaran Sebenar Di atas Pentas


Saat Shima rebah di atas pentas, penonton di rumah tidak dapat melihat bagaimana gambaran sebenar keadaan Shima ketika di bawa keluar. Ini kerana kamera telah mengalihkan tumpuan kepada penonton dan disusuli memberi laluan kepada iklan. Menerusi perkongsian dari wartawan hiburan @slenfadzil di Instagram, berikut video menunjukkan gambaran sebenar Shima ketika rebah di pentas.

Sumber: Astro Gempak, Video: @slenfadzil

Artikel SebelumnyaNoorkhiriah Jawab Persoalan Netizen Tentang Cukur Kening?
Artikel SeterusnyaWow! Gadis Ini Menang Besar Di KLFW 2018
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress