Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) semakin hangat apabila selebriti tempatan turut tidak melepaskan peluang untuk memperlihatkan koleksi busana terbaru mereka. Seperti acara wajib yang disertainya, rekaan pelakon jelita Nur Fazura menerusi Fazbulous juga antara koleksi yang dinanti-nantikan peminat fesyen tanah air.

Fazura Tampil Bawa Konsep Lain Dari Yang Lain


Menariknya lagi, KLFW yang diadakan di Pavilion itu kecoh sebentar dengan sorakan dan tepukan dari tetamu yang hadir bagi menyokong Fazura.

Bukan hanya kerana koleksinya yang cantik-cantik belaka malah konsep yang dibawa Fazura dimana memperlihatkan model-model peragaan tersebut secara tiba-tiba rebah memberi laluan kepada Fazura untuk masuk adalah sesuatu yang luar biasa dan layak diberikan pujian!

Tiru Konsep Dries Van Noten?


Malah Fazura turut membawa masuk seorang model berbadan besar untuk buktikan tiada apa yang mustahil untuk capai impian. Kami di Hangat.com juga merasakan konsep ini sememanngya berani dan berkelas antarabangsa! Namun begitu, suka untuk kami rujuk kembali pada sebuah konsep yang diperkenalkan oleh pereka antarabangsa, Dries Van Noten yang seakan sama konsep Fazura.

Noten telah membawa konsep itu pada sebuah pertunjukan fesyen antarabangsa 2015. Barangkali Fazura mengambil inspirasi Noten untuk dibawa ke KLFW. Apapun she nailed it! Tahniah Fazura!

Artikel SebelumnyaFilem Hantu Kak Limah Cipta Dua Sejarah Baru Perfileman Negara!
Artikel SeterusnyaNetizen Sedih Dengan Pemergian ‘Makcik Bawang’
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress