Adakah anda percaya dengan rumah berhantu di sebuah karnival permainan realiti? Jika tidak, pernahkah anda terlintas untuk menyiasat kebenarannya seperti di dalam filem The Whispering ini?

The Whispering Yang Menyeramkan!

Filem seram Korea ini mengisahkan mengenai enam orang pelajar sekolah yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan. Pada ketika itu, mereka secara kebetulan ingin mengetahui mengenai khabar angin sebuah rumah hantu di tapak karnival permainan yang terbiar yang dikatakan mempunyai kisah mistiknya sendiri. Tidak hiraukan segala larangan, sekumpulan remaja ini bertindak menyiasat sendiri kebenarannya sehinggalah terdengar suara bisikan yang menyebabkan seorang demi seorang daripada mereka mati dalam keadaan yang mengerikan.

25 Pasang Tiket Untuk Dimenangi

Khas untuk pembaca setia Hangat.com, pada 28 Ogos ini (Selasa) jam 9 Malam bertempat di GSC 3 DAMANSARA (dahulu dikenali sebagai Tropicana City Mall) kami ingin memberi 25 pembaca bertuah sepasang tiket tayangan perdana filem ini secara percuma!

Caranya anda hanya perlu lengkapkan butiran dan soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

Syarat Penyertaan

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Selepas menonton, kongsikan ulasan anda mengenai filem ini di sosial media dan tag Hangat.com beserta #HangatMalaysia
  • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 27 Ogos 2018
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di GSC 3 DAMANSARA (Sebelum ini dikenali sebagai Tropicana City Mall) pada 28 Ogos bermula jam 8.20 malam hingga 8.50 malam.
  • Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN 
  • Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin