[GIVEAWAY] Jom Sertai Peraduan Menang Tiket Eksklusif Filem Aksi L Storm

Buat pertama kalinya, Hangat.com bekerjasama kerjasama Lotus Five Star mahu membawa pembaca setia kami untuk menonton filem yang sarat dengan aksi ini berjudul L Storm.

Sinopsis L Storm


Filem ini mengisahkan seorang penyiasat ICAC William Luk berdepan waktu sukar ketika menjalankan tugas. Bukan sahaja kes rasuah dan pengubahan wang haram yang disiasat olehnya dengan Ketua Inspektor JFIU Lau Po-Keung tidak membuahkan sebarang hasil, model Eva Ng juga menuduhnya menerima wang rasuah berjumlah jutaan dan ini membawa kepada penggantungannya.

Lau mendapat tahu yang Luk diperangkap dan cuba membantu, dia kemudian mendapati kes ini membabitkan pengawai atasan yang korup dan mempunyai kaitan dengan kes yang mereka sedang siasat. Luk perlu mempertaruhkan segala-galanya untuk membuktikan dia tidak bersalah dan membawa dalang ke muka pengadilan.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer L STORM yang telah diriliskan di saluran Youtube RAM Entertainment.

Film ini bakal ditayangkan di pawagam pada tanggal 23 Ogos 2018 ini di seluruh Malaysia.

Anda berminat untuk menghadiri Tayangan Eksklusif L STORM ? Cukup istimewa buat pembaca hangat.com anda berpeluang untuk menyaksikan filem ini pada 20 Ogos 2018 jam 9 malam di GSC Pavilion KL. Setiap pemenang akan dihadiahkan sepasang tiket L Storm. Sebuah filem yang penuh dengan babak-babak dengan aksi hebat yang sungguh suspen.

Nak tahu caranya? Mudah jer, ikuti langkah berikut dan anda mungkin adalah pemenangnya

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Kongsi artikel ini  dan tulis kapsyen kenapa anda suka dengan filem ini di Facebook anda dan jangan lupa hashtag #HangatLStorm #LStormMY dalam posting anda.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 19 Ogos 2018.
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.