Untuk mereka yang lahir sekitar 80an dan 90an pasti mengenali dengan pelantun lagu Pelamin Anganku Musnah yang dipopularkan oleh Azie Mustapha. Malah lagu itu masih lagi hits sehingga ke hari ini dan kerap dimainkan di corong radio dan menjadi pilihan anak muda untuk menyanyikannya di pusat hiburan.

Kembali Setelah 20 Tahun Menyepi


Siapa sangka, penyanyi ini sudah 20 tahun menyepi dan 2018 akan menjadi titik permulaan untuk Azie atau nama sebenarnya Roeziah Mustapha kembali aktif menghiburkan peminat.

Begitu ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah wajah dan penampilan Azie terkini kerana dia mula menyepi tatkala mendirikan rumah tangga dan menetap di Kuching Sarawak. Hasil carian Hangat.com, ini adalah wajah terkini penyanyi kesayangan anda sebagai pengubat rindu.

Bakal Sertai Gegar Vaganza?


Dalam perkembangan lain,menerusi MStar Online pula penyanyi ini tidak menolak sekiranya diberikan tawaran untuk menyertai program realiti seperti Gegar Vaganza kerana dia menganggap platform itu bakal memperkenalkan kembali namanya.

Tambahnya juga, tidak lama lagi dia bakal muncul dengan sebuah single terbaharu ciptaan Rosli Ahmad dan Eddy Sulaiman yang berjudul Anganku Terhenti Di Sini. Kami percaya ramai yang tidak sabar menanti paduan suara Azie bukan?

Artikel Sebelumnya[GIVEAWAY] Jom Sertai Peraduan Menang Tiket Eksklusif Filem Aksi L Storm
Artikel SeterusnyaPergaduhan Safiey Ilias Dan Syah James Hanya Lakonan Semata-Mata?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress