Sebelum ini, usahawan Safiey Ilias menerusi kenyataannya di Instagram telah memberitahu bahawa hubungannya bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Syah James telah terputus dan kini hanya berkawan baik. Namun begitu, beberapa perkongsian Safiey baru-baru ini telah mencurigakan para netizen yang mengikuti perkembangannya.

Hanya Lakonan Semata-Mata?


Dalam perkongsian itu, Safiey dilihat telah bergaduh dengan lelaki tersebut disebuah pusat membeli belah terkenal, Pavilion dan dipercayai menghadiri acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018. Ramai yang tertanya adakah pergaduhan tersebut dan juga sebelum ini hanyalah lakonan daripada mereka semata-mata

Kedua-duanya pula kelihatan memakai pakaian sedondon dari seorang pereka fesyen terkenal. Terdahulu, usahawan itu turut bertanyakan pada pengikutnya adakah lelaki tersebut seharusnya diberikan peluang kedua memandangkan sebelum ini terdapat perselisihan faham diantara mereka.

Netizen Harap Safiey Akan Terus Berubah


Melihatkan pada video tersebut, ramai yang mengharapkan agar Safiey akan terus berubah menjadi lebih baik dan menghentikan segala ‘drama murahan’ yang hanya menjatuhkan nama baiknya sendiri. Malah tidak kurang juga yang menasihatinya perkara seumpama itu hanya mendorong netizen untuk mengecamnya.

Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Wajah Terkini Azie ‘Pelamin Anganku Musnah’
Artikel SeterusnyaSherzod Yusuf Didakwa Tipu & Pergunakan Kawan Sendiri
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress