Lagi ‘kontroversi’ di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018! Jika sebelum ini konsep yang dibawa Fazura dikatakan sama dengan konsep pereka fesyen terkenal, Dries Van Noten kali ini sahabat karibnya yang juga pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini terpalit dengan isu yang hampir sama.

Koleksi Rizman Ruzaini Sama Seperti Christian Dior


Kali ini kecoh apabila netizen mendakwa koleksi Rizman Ruzaini dalam KLFW kali ini seperti meniru koleksi jenama terkenal, Christian Dior yang diperagakan ketika di sebuah acara pertunjukan fesyen antarabangsa sekitar 2017. Pendedahan itu dibuat netizen setelah mendapati tag jenama Rizman Ruzaini saling tidak tumpah seperti Christian Dior yang dililit di koleksi mereka.

BACA  [GAMBAR] Lelaki Mirip Aliff Aziz Tidak Berbaju Bersama Seorang Gadis Tersebar!

Netizen Puji Koleksi Terbaru

Meskipun dikecam kerana persamaan tersebut, rata-rata netizen turut memuji akan koleksi terbaru mereka yang dilihat begitu cantik dan trendy! Malah ada yang begitu menginspirasikan ilham pereka fesyen ini ketika pertunjukan di KLFW.

Apa pendapat anda? Fesyen ini meluas barangkali mereka hanya mengambil inspirasi dari jenama tersebut untuk berikan yang terbaik untuk peminat-peminat koleksi mereka.