Jika sebelum ini kita lazim mendengar di Hollywood peminat sanggup menghabiskan wang mereka demi untuk cantik dan menjadi ‘klon’ selebriti dambaan mereka, apa pula hemat anda apabila ianya turut terjadi di negara kita?

Habiskan RM45 Ribu Untuk Kelihatan Seperti Hael Husaini


Benar! Itulah yang terjadi apabila tular di media sosial mengenai seorang netizen yang dikenali sebagai Adam Zainee apabila wajahnya dikatakan mirip penyanyi terkenal, Hael Husaini, Malah Adam turut membuat pendedahan berani apabila dia mengaku telah membelanjakan hampir RM45 ribu bagi membuat pembedahan di kedua-dua bahagian rahangnya serta turut mencucuk botoks pada bahagian bibir, hidung, dagu serta pipinya.

BACA  Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

Hanya SindiranΒ 


Demi kelihatan seperti penyanyi kesayangannya, dia dikecam hebat kerana sanggup menghabiskan ribuan ringgit. Namun begitu, menurut Adam kenyataannya itu hanyalah satu sindiran buat netizen yang mengecamnya sebelum ini dan dia tidak membuat sebarang pembedahan seperti diakuinya. Apabila diamati, suaranya juga hampir menyerupai Hael serta turut menyimpan misai pendek seperti penyanyi itu.

Rasanya ini adalah kali pertama kita mendengar kes seumpama ini di tanah air yang melibatkan penyanyi lelaki. Jika sebelum ini kita sudah mempunyai Ziana Zain 2 mana tidak kita mempunyai Hael Husaini 2 pula bukan?