The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 secara rasminya bermula pada Jumaat lepas di Padang Timur, Petaling Jaya. Hentian pertama mereka akan berlangsung dari 10 Ogos 2018 hingga 2 September 2018 sebelum kumpulan sarkas ini bergerak ke Pulau Pinang pada pertengahan September.

Jelajah edisi khas yang dipersembahkan oleh Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Yahna SG, bersama Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovich ini merupakan jelajah selama 8 bulan ke 10 bandar di Malaysia yang merupakan peluang keemasan buat pengunjung untuk menyaksikan pelbagai aksi sarkas yang terpesona dan mengejutkan, dibawa khas dari Rusia.

Pada yang sedang merancang untuk menyaksikan pertunjukkan ini, berikut beberapa fakta menarik tentang The Moscow Circus of Malaysia.

1Bebas Haiwan

Program yang semestinya bebas haiwan ini hanya menyaksikan pertunjukkan dari akrobat-akrobat yang profesional dan terlatih

2Khemah Terbesar Di Malaysia

Persembahan sarkas ini diadakan di bawah khemah sarkas Big Top berhawa dingin memuatkan 2,700 pengunjung dan merupakan khemah sarkas terbesar di Malaysia!

3Kali Pertama Di Malaysia

Buat pertama kali di Malaysia, artis-artis yang dipilih secara teliti daripada dua syarikat sarkas termasyhur dari Rusia – Bolshoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan Nikulin Moscow Circus akan berganding bahu untuk memberi pertunjukan yang lain daripada lain.

4Persembahan Mendebarkan

Pengunjung yang hadir bakal menyaksikan persembahan yang mendebarkan daripada aerialist, artis trapez serta akrobat swing Rusia, termasuk sorotan khas yang ditampilkan oleh artis juggling terkenal, Semion Krachinov, pemain roller skate oktan tinggi daripada The Romanov Duo, persembahan daripada pakar ilusi iaitu The Moskalov Duo, dan pejalan kaki wayar tinggi iaitu The Svezhov Duo, semuanya dikendalikan oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants dan Ringmistress yang jelita, Karina Peace.

5Tiket Serendah RM50 Sahaja

Tiket ke pertunjukan ini boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280 untuk kedudukan tertinggi daripada www.ticketpro.com.my.

6Berhibur Sambil Menderma

Sebahagian daripada hasil jualan akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia demi manfaat pertumbuhan dan pembangunan negara. Selain itu, The Moscow Circus turut menjalankan tanggungjawab dalam menggembirakan kanak-kanak kurang bernasib baik untuk melihat pertunjukan mereka.

7Beri Peluang Kepada Golongan Tak Bernasib Baik

Dengan kerjasama Budimas Charitable Foundation, pihak penganjur mengalu-alukan lebih daripada 260 kanak-kanak pada 11 Ogos dan memberi peluang kepada mereka untuk menyaksikan pertunjukan bertaraf dunia yang bakal menjadi kenangan terindah mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang The Moscow Circus, layari www.themoscowcircus.com.my.