Umum mengetahui bahawa protokol diraja begitu formal dan teliti dari segala aspek apatah lagi melibatkan keluarga diraja sendiri. Malah sebelum ini, Duchesss of Sussex, Meghan Markle turut terpalit isu melanggar protokol apabila ianya didedahkan media antarabangsa.

Keluarga Bimbang Dengan Sikap Meghan


Dalam satu laporan, abang Meghan, Tom memberitahu mereka sekeluarga bimbang dengan adiknya itu yang begitu terikat dengan protokol istana. Malah dia juga enggan melihat Meghan berubah setelah menjadi sebahagian daripada kerabat Diraja. Sebelum ini antara larangan yang diperkenankan kepada kerabat diraja adalah mereka dilarang sama sekali untuk bergambar bersama atau swafoto bersama rakyat jelata diluar acara majlis.

Bapa Sudah Lama Tidak Bersapa Dengan Meghan


Kebimbangan itu turut diluahkan bapanya, Thomas Markle yang dipercayai tidak bercakap dengan anaknya itu sejak mendirikan rumah tangga bersama Putera Harry pada Mei lalu. Malah, bapa Meghan beranggapan tindakannya mengadakan temu bual dengan pihak media telah menutup pintu antara dirinya dengan kerabat Diraja Britain.

Terdahulu, Thomas telah mengadakan beberapa temu bual bersama pihak media mengenai perkahwinan anaknya itu. Menurut sumber juga, usaha membuat rayuan umum agar Duchesss of Sussex itu berhubung dengannya juga seakan-akan tidak didengari dan dia tidak menerima kad ucapan hari lahir daripada Meghan ketika menyambut ulang tahun ke-74 pada Julai meskipun dia ada menghantar dua kad kepada Meghan sewaktu puteri itu meraikan hari jadi ke-37 awal bulan ini.

SUMBERCosmopolitan
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Kerana Pintu Pagar Ditiup Angin, 2 Jiran Ini Bertumbuk Sakan
Artikel SeterusnyaRahsia Hubungan Sulit Putera Charles & Kakak Puteri Diana Didedahkan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress