Hidup berjiran memang harus ada sikap toleransi. Budaya menghormati orang yang sudah tua patut diterapkan dan juga saling menjaga hubungan di antara jiran tetangga.

Namun hal tersebut tak berlaku bagi seorang lelaki ini. Baru-baru ini viral sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki memukul jirannya di Taman Sinar, Kuala Lumpur.

Ya, lelaki ini bertindak agresif hanya gara-gara pintu pagar yang menghentam tiang lain kerana tertiup angin. Dalam video itu, pada awalnya wanita tua sedang mencuba membuka pintu gerbang rumahnya agar si suami boleh memasukkan keretanya ke tempat letak kereta.

Dalam video CCTV tersebut, terlihat jelas wanita tua itu sempat mencegah pintu gerbang tak menghentam tiang lagi. Namun angin ternyata membuat pintu pagarnya menghentam tiang milik jiran sebelahnya. Si pemukul itu pun keluar dari rumah dan mula menyerang wanita tua itu dengan kata-kata kasar.

Lelaki itu pun mula mencetukan pergaduhan, dia kemudian mula bertumbuk dengan si suami dengan menampar lelaki tua itu terlebih dahulu. Walaubagaimanapun pergaduhan itu dihentikan oleh jiranya yang lain. Nampak gaya, seolah-olah lelaki ini sudah lama berdendam dengan jirannya!

Sumber FB May Yym

Artikel SebelumnyaLelaki Ini Buat Pembedahan Untuk Kelihatan Seperti Hael Husaini?
Artikel SeterusnyaKeluarga Bimbang Meghan Markle Berubah Setelah Menjadi Kerabat Diraja
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.