Siapa sangka Putera Charles pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan Lady Sarah Spencer iaitu kakak kepada mendiang Puteri Diana sebelum dia menikah.

Hati Charles terpaut pada Sarah pada 1977 dan pada tahun sama itu juga buat pertama kalinya dia berjumpa dengan Diana. Pada masa itu Charles menghadapi tekanan didesak keluarganya untuk berkahwin. Tetapi Sarah menolak tawaran lamaran Charles.

Foto: Getty
Foto: Getty
Foto: Getty
Foto: Getty

Kontorversi ini bermula selepas Sarah terlihat mengiringi Charles dalam lawatan ke sebuah resort ski Swiss mewah semasa mereka menjalinkan hubungan.

Putuskan Hubungan


Walaupun tidak diketahui ramai tentang hubungan pasangan itu, dilaporkan bahawa Charles mengakhiri hubungan secara tiba-tiba kerana dia tidak suka Sarah berinteraksi dengan seorang wartawan di resort semasa lawatan mereka. Sarah seolah-olah tidak berminat untuk berkahwin dengan kerabat diraja pada masa itu.

Kemudian Sarah telah memperkenalkan Charles kepada adiknya, Diana dan bermulalah kisah percintaan mereka berdua.

Lady Sarah bersama adiknya Lady Diana

Charles kemudiannya berkahwin dengan Puteri Diana pada tahun 1981, selepas itu dia menjadi Putera Wales, sedangkan Sarah berkahwin dengan Neil McCorquodale.

Kemalangan Ngeri


Pada 31 Ogos 1997 Diana meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandu laju di jalan terowong Pont de l’Alma di Paris bersama-sama dengan Dodi Al-Fayed dan pemandu Henri Paul.

Foto: AFP

Putera Charles dan Camilla berkahwin pada 9 April 2005, dan mula diberi gelaran Duli Yang Maha Mulia Duchess Cornwall. Apabila pertunangan mereka diumumkan, ia juga mengatakan bahawa Camilla tidak akan dikenali sebagai Puteri Wales.

Putera Charles dan isteri keduanya Camilla selepas kematian Puteri Diana

Hal ini demikian kerana isteri pertama Charles, Diana, Puteri Wales, memegang gelaran itu dari tahun 1981 sehingga kematiannya pada 1997.

Sumber Express.Uk