Sebelum ini, pelakon Scha Al-Yahya menerima pelbagai komen negatif mengenai gaya rambutnya yang terbaru. Enggan melatah, Scha tidak mempedulikan hal tersebut dan terus bergaya dengan caranya yang tersendiri.

Awal Ashaari Dikecam Kerana Penampilannya Di KLFW 2018

Meskipun sudah melabuhkan tirainya, KLFW masih lagi hangat diperkatakan. Terbaru, suami kepada Scha iaitu Awal Ashaari pula menjadi mangsa kecaman para netizen di media sosial apabila fesyen dan penampilannya di acara fesyen itu dilihat seperti serba tidak kena. Awal dilihat menggayakan beberapa pakaian dan aksesori jenama terkenal termasuk Adidas.

Tutup Ruangan Komen

Enggan memberikan ruang kepada netizen diluar sana untuk mengkritik pakaiannya, pelakon dan pengacara itu mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen gambar-gambarnya di KLFW.

BACA  Naik Angin! Awal Ashaari Tak Puas Hati Dengan Mercedez Benz

Malah menerusi Insta-story nya, Awal turut membidas sikap sesetengah netizen yang sering kali memberi reaksi negatif dan mengharapkan mereka tidak lagi berbuat perkara sedemikian kelak.

Bagi kami di Hangat.com acara seumpama ini tiada apa yang pelik kerana setiap yang hadir cuba memberi eksperesi baru mengenai fesyen dan tidak mahu kelihatan seperti kebiasaan.