Bertuah Rukiah Kalapukong mempunyai anak seperti Wani Kayrie apabila penyanyi yang itu telah menghadiahkannya sebuah kereta buatnya baru-baru ini.

Honda BRV Sebagai Hadiah Hari Lahir

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah telah menghadiahkan sebuah kereta berjenama Honda BRV kepada ibunya, sempena ulang tahun ke-40 pada 12 Ogos lalu. Menurut Wani, kereta itu sudah lama diimpikan ibunya dan ingin membuat kejutan padanya memandangkan hari lahir ibunya juga telah tiba.

“Alhamdulillah. Tahun ni ada rezeki lebih kita hadiahkan mama kereta yang dia nak”

Sudah Menabung Sejak 2010

Menurut Wani, dia dan bapanya telah merancang kejutan itu bagi menghargai pengorbanannya selama ini. Malah menurut peserta Big Stage itu, semuanya adalah rezeki daripada hasil aktiviti nyanyiannya yang disertai sejak 2010 selain turut berkongsi wang bersama bapanya bagi menunaikan impian ibunya selama ini.

Meskipun baru berusia 18 tahun, Wani sudah berjaya membuktikan kerjayanya selama ini begitu berjaya sehingga mampu menghadiahkan ibunya sebuah kereta.

VIAInstagram Wani Kayrie
SUMBERHarian Metro
Artikel SebelumnyaRespon Awal Ashaari Selepas Penampilannya Dikecam Di KLFW 2018!
Artikel SeterusnyaWow! Neelofa Dan Fazura Dilihat Memakai Baju Yang Sama
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress