Baju yang sama dipakai oleh selebriti bukanlah satu perkara yang baru dalam industri hiburan ini. Jika dahulu kami telah muatnaik sebuah artikel dimana Nora Danish memakai baju yang sama koleksinya seperti Fasha Sandha dan kedua-duanya tidak mudah melatah dan menganggap ianya hanya satu kebetulan.

Neelofa Dan Fazura Memakai Baju Dari Koleksi Yang Sama

Terbaru kerana penangan KLFW, dua selebriti sensasi Neelofa dan Fazura dilihat telah memakai baju dari koleksi yang sama iaitu Innaired. Terdahulu, Fazura menerusi Insta-story nya pernah meluahkan hasrat untuk memakai baju berkenaan setelah melihat model memperagakan koleksi tersebut di KLFW.

Tidak lama kemudian, pereka fesyen itu telah menunaikan impian Fazura dan disebelah malamnya pula, secara kebetulan Neelofa turut memakai baju yang sama ketika mengacarakan program MeleTOP.

Netizen Anggap Neelofa Sengaja Pakai Baju Yang Sama

Dalam perkembangan lain, di media sosial mula tular memperkatakan mengenai pakaian kedua-dua selebriti ini dimana menurut mereka Neelofa seperti sengaja memakai baju yang sama dengan Fazura.

Malah ada yang turut menyindir, hasrat tersebut tidak seharusnya dimuatnaik di media sosial kelak perkara seumpama ini akan terjadi. Bagi kami tiada isu disini, mungkin ianya secara kebetulan dan baju tersebut sememangya dipasarkan untuk umum dan bukanlah direka khas untuk seseorang selebriti.

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Ibu Terharu Wani Kayrie Hadiahkan Kereta Sempena Hari Lahir
Artikel SeterusnyaIkan Pekasam Mas Khan Dapat Sambutan Luar Biasa
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress