Begitu banyak sejarah dan fakta menarik disebalik keluarga diraja British. Malah ada diantaranya begitu mistik sehingga ke hari ini yang menarik perhatian seluruh dunia.

Fakta Mengenai Sejarah 18 Tiara Diraja British

Di sebalik protokol dan pakaian mereka, suka untuk kami dedahkan mengenai tiara atau mahkota yang dipakai oleh keluarga diraja ini. Yang pasti ianya punyai maksudnya yang tersendiri.

1. The George VI Sapphire Tiara

Bapa kepada Ratu Elizabeth telah menghadiahkan beliau set kemasan Sapphire sebagai hadiah perkahwinannya pada 1947 dan telah padankannya sebagai sebuah mahkota sekitar 60an.

2. The Poltimore Tiara

Mahkota ini dibuat khas pada tahun 1870 dan dibuat oleh ibu ratu ini kepada anak perempuannya, Puteri Margaret (Kakak Ratu Elizabeth II) untuk dipakai ketika majlis perkahwinannya. Mahkota itu walaubagaimanapun telah dijual pada 2006 dengan harga £926,400 iaitu bersamaan RM 4,826,990.30 !

3. The Spencer Family Tiara

Salah satu mahkota yang sering dipakai oleh mendiang Puteri Diana yang datangnya dari keluarganya. Diana memakai mahkota ini ketika berkahwin dengan Putera Charles namun turut dipakai oleh kakak dan kakak iparnya.

4. The Meander Tiara

Mahkota ini adalah hadiah pemberian ibu mertua Ratu Elizabeth II yang kemudiannya diberikan Ratu kepada anak perempuannya, Puteri Anne. Malah Anne juga dilihat telah membenarkan anaknya, Zara Phillips memakai mahkota berkenaan ketika majlis perkahwinannya.

5. The Greville Tiara

Mahkota ini adalah milik Dame Margaret Helen Greville yang kemudiannya diberikan pada ibu Ratu Elizabeth.  Duchess of Cornwall telah meminjamnya ketika mengahwini Putera Charles, dan turut dilihat sering kali memakainya dalam pelbagai acara rasmi diraja.

6. The Lotus Flower Tiara

Kate Middleton dilihat pernah memakai mahkota milik ibu Ratu Elizabeth. Menariknya lagi, ianya diperbuat dari rantai yang diberikan oleh suaminya. Mahkota ini sering dipakai oleh kakak Ratu, Puteri Margaret dan diberikan pada menantunya, Serena Stanhope untuk dipakai ketika majlis perkahwinannya.

7. The Cambridge Lover’s Knot Tiara

Mahkota ini telah dibuat khas untuk Ratu Mary pada awal 1900 dan telah diwarisi oleh Ratu Elizabeth. Ratu telah menghadiahkan mahkota ini kepada Puteri Diana sebagai hadiah perkahwinannya dan kini dapat dilihat dipakai oleh Kate Middleton.

8. Queen Alexandra’s Kokoshnik Tiara

Mahkota cantik ini adalah hadiah daripada Ladies of Society pada majlis ulangtahun perkahwinan Raja Edward VII dan Ratu Alexandra pada 1888. Ratu Elizabeth II kini dilihat memakai mahkota warisan tersebut.

9. The Grand Duchess Vladimir Tiara

Mahkota ini asalnya adalah milik Russian Grand Duchess Vladimir sebelum dibeli oleh Ratu Mary. Beliau kemudiannya telah memberi mahkota ini pada Ratu Elizabeth II.

10. The Queen Mary Fringe Tiara

Mahkota yang dibuat sekitar 1919 untuk Ratu Mary ini antara yang popular telah dipakai oleh Ratu Elizabeth dan anak perempuannya di majlis perkahwinan mereka.

11. The Brazilian Parure Tiara

Brazil telah menghadiahkan Ratu Elizabeth II beberapa kemasan aquamarine untuk hari pertabalan yang kemudiannya dijadikan sebagai satu set Mahkota untuk disuai padankan.

12. The Oriental Circlet

Mahkota ini telah direka khas oleh Putera Albert untuk isteri tercinta nya, Ratu Victoria. Ianya merupakan mahkota kesayangan ibu Ratu Elizabeth II sebelum diwarisinya kini.

13. The Halo Tiara

Tiara ini dibuat oleh Cartier pada 1936, sebagai hadiah bapa Ratu kepada isterinya sebelum majlis perkahwinan mereka. Tidak lama kemudian, Ratu Elizabeth II memperoleh mahkota ini sebagai hadiah hari lahirnya yang ke 18. Kini ianya telah dipakai oleh Puteri Margaret dan Kate Middleton dan dikatakan mempunyai 739 kemasan dan 149 bentuk berlian.

14. The Burmese Ruby Tiara

Ratu ini telah dihadiahkan hampir 100  bentuk Burmese rubies sempena perkahwinannya yang kemudian digabungkan dengan berlian bagi membentuk sebuah mahkota pada 1973.

15. The George IV State Diadem

Mahkota ini sebenarnya adalah milik Raja George IV pada hari pertabalannya sekitar 1821 yang kemudiannya dipakai oleh Ratu Victoria dan Ratu Mary. Ratu Elizabeth turut memakainya ketika hari pertabalan dan pembukaan sidang parlimen.Mempunyai 1,333 berlian dan kosnya hanya 8,216 Pound sterling bersamaan RM 42,800.56

16. The Girls of Great Britain and Ireland Tiara

Mendapat nama selepas dihadiahkan Girls of Great Britain and Ireland pada hari perkahwinan Ratu Mary pada 1893.  Pada 1947 pula, Ratu Elizabeth mendapat hadiah ini dari ibunya juga sebagai hadiah perkahwinan

17. The Diamond Bandeau Tiara

Menurut istana Kensington, mahkota ini dibuat pada 1932 dan kemasan tersebut dipercayai  wujud sekitar 1893. Meghan Markle memakai mahkota ini ketika majlis perkahwinannya dan turut dilihat dipakai oleh mendiang ibu saudara Putera Harry, Puteri Margaret.

18. The Delhi Durbar Tiara

Mahkota ini dibuat khas untuk Ratu Mary pada 1911 dan telah diubahsuai. Ianya telah diberi kepada Ratu Elizabeth II yang kemudiannya telah dipinjamkan pada Duchess of Cornwall. Seperti yang anda dapat lihat, mahkota ini adalah yang paling besar yang saiznya hampir sebesar kepala.

SUMBERMarie Clarie
Artikel SebelumnyaJurusolek Artis Popular Perlukan Bantuan Kewangan
Artikel SeterusnyaPereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress