Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon ini dikatakan meniru idea seorang pereka fesyen antarabangsa kali ini timbul satu lagi dakwaan berkenaan isu plagiat oleh seorang pereka fesyen dari Singapura yang kini berpangkalan di London, Ashley Isham.

Ashley Dakwa Fazura Tiru Ideanya

Pereka fesyen itu mendakwa konsep model terbaring itu telah dilakukannya terlebih dahulu sekitar tahun 2014 dalam sebuah pertunjukan fesyen. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, Ashley telah memadam kenyataanya tersebut di Instagram serta turut memuat naik satu lagi kenyataaan dimana dia ingin memohon maaf kepada Fazura.

Menurutnya, mengenai apa yang berlaku adalah salah faham serta akui akan kesilapannya. Menyedari akan isu tersebut, pelakon berkenaan membalas komennya dan menerima permohonan maaf tersebut.

Akui Tiru Gaya Dries Van Noten

Dalam perkembangan lain, Fazura akui gimik yang dilakukannya itu sememangnya diinspirasikan daripada Dries Van Noten.

Namun begitu dia menolak dakwaan bahawa kononnya gayanya itu meniru pereka fesyen Singapura itu kerana dia sama sekali tidak mengikuti perkembangannya. Apa pun,KLFW sudah pun menutup tirainya dan Fazura berjaya menjadikan acara kali ini sebagai sesuatu yang manis untuk diingati.

VIAInstagram Ashley Isham
SUMBERSuria FM
Artikel SebelumnyaFakta & Kisah Menarik Disebalik 18 Mahkota Diraja British
Artikel SeterusnyaBukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress