Sebelum ini kami pernah memaparkan artikel mengenai penyanyi Ara Johari yang dikecam hebat gara-gara merakam beberapa sedutan filem Avengers di pawagam menerusi Insta-Story nya, kali ini insiden yang sama turut melibatkan ikon dan usahawan fesyen terkenal, Datin Vivy Yusof.

Rakam Sedutan Filem Crazy Rich Asians

Semalam, tular di media sosial apabila netizen mendakwa pemilik Fashion Valet ini telah merakam beberapa sedutan filem Hollywood terbaru yang menampilkan pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding sebagai watak utama dalam filem Crazy Rich Asians. Vivy dilihat telah merakam adegan tersebut menerusi Insta-story nya yang kemudiannya sempat disunting oleh netizen sebagai bukti perilakuya.

Netizen Kecam Tindakan Vivy

Meskipun sudah dipadam dari akaun Instagram nya, tindakan Vivy itu ternyata telah mencetuskan komen negatif daripada netizen di media sosial. Malah statusnya sebagai seseorang yang dihormati dan mempunyai nama dalam industri ternyata sedikit sebanyak telah mencalarkan imejnya.

Barangkali mungkin kerana terlalu teruja membuatkan Vivy melakukan perkara yang sedemikian. Filem Crazy Rich Asians mula ditayangkan serentak sejak semalam di pawagam seluruh dunia.

Artikel SebelumnyaBukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata
Artikel SeterusnyaWow! ‘The Flash’ Sebenarnya Memakai Jam Buatan Malaysia
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress