Tahniah diucapkan buat seluruh produksi filem Hantu Kak Limah(HKL) yang berjaya mengaut RM9 Juta kutipan dalam masa empat hari. Malah filem arahan Mamat Khalid itu turut turut mencatat rekod sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi.

Netizen Pertikaikan Kutipan Lebih Tinggi Daripada Pulang

Disebalik perkhabaran tersebut, di media sosial terdapat perdebatan hebat mengenai perbandingan filem itu dengan filem Pulang yang mendapat kutipan RM1 Juta dalam masa seminggu ditayangkan.

Bagi mereka kedua-dua filem ini punyai perbezaannya dimana Pulang dianggap sebagai satu filem yang berkualiti manakala HKL hanya sebuah filem hiburan semata-mata namun ternyata filem HKL mendahului segala rekod ketika ini.

Penonton Mahu Karya Yang Lebih Ringan

Menerusi komen-komen tersebut, tidak menafikan bahawa penonton lebih gemar memilih karya lebih ringan berbanding filem yang bermain dengan emosi Pulang meskipun ianya antara karya terbaik pernah dihasilkan.

Bagi kami di Hangat.com faktor filem HKL yang sudah punyai peminat tersendiri antara mengapa ianya mendapat sambutan yang begitu menggalakan. Malah tinjauan kami pada hari kelima ditayangkan, kebanyakan pawagam juga sudah ‘full house’ dengan penonton yang ingin menonton HKL