Minggu hadapan, seluruh umat Islam bakal menyambut Aidiladha dan ianya begitu bermakna buat mereka yang berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadat Haji.

3 Selebriti Wanita Tunaikan Haji

Antara mereka yang tunaikan haji pada tahun ini termasuklah tiga selebriti wanita ini iaitu Betty Benafe, Zahida Rafik dan Datin Fouziah Gaos. Berita itu telah dikongsikan mereka menerusi Instagram termasuklah mengenai Zahida yang dimaklumkan oleh sahabat karibnya menerusi Insta-story, Datin Paduka Umie Aida.

Ingin Mohon Maaf

Malah Betty dan Fouziah turut mengambil kesempatan ingin memohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Haji semalam.

View this post on Instagram

Assalamu'alaykum warahmatullahi wa barakaatuh.. yg dirahmati & disayangi Allah SWT, Insya Allah, saya Betty banafee akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan rukun Islam ke-5. Saya mohon dima'afkan segala kesalahan saya baik berupa tulisan, kata, atau perbuatan yg melukai / menyinggung perasaan.. Dan Demikian juga jika saya ada hutang / janji yg belum saya penuhi mohon informasikan segera ke saya, agar selama saya melaksanakan haji saya benar-benar dlm kondisi bersih & merdeka.. Mohon do'a tulus supaya saya dpt melaksanakan haji sesuai sunnah Rasulullah SAW, diberikan kesabaran, dan kemudahan hingga mendapatkan Haji yg mabrur, serta pulang-pergi dengan selamat. Tawakkalta ala Allah.. Wala haulawala qu wata illa Billa hil aliyil azim..

A post shared by Betty Banafe (@bettybanafe) on

Bagi Betty, dia memohon kepada semua peminat dan kenalan mendoakannnya yang terbaik dan dapat mengerjakan ibadat Haji dalam keadaan yang sempurna.

View this post on Instagram

•Assalamualaikum wbt السلام عليكم • Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous & Zhafran Yusof, dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan Fardhu Haji (1439H) dan akan berlepas ke Tanah Suci 🕋🇸🇦pada *Khamis 16 Ogos 2018* Di kesempatan ini, kami menyusun 🙏🏻sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan & kekhilafan yang secara sengaja atau tidak sengaja kami lakukan di sepanjang persahabatan / perkenalan kita. Mohon dihalalkan makan minum saya dan segala hutang, jika ada. Doakan kesihatan dan keselamatan kami sentiasa terpelihara sepanjang ibadah haji nanti. Terima kasih. Ikhlas dari kami : ☘*Zhafran Yusof* ☘*Fouziah Gous* #zhafouhaji

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on

Menerusi Instagram Fouziah pula, dia akan berangkat ke tanah suci Mekah bersama-sama suaminya, Datuk Zhafran Yusof. Sama-sama kita doakan agar selebriti ini selamat menunaikan ibadah haji.