Semalam seorang jurugambar di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2018 telah mendedahkan sikap penyanyi remaja terkenal, Ismail Izzani yang dianggapnya sebagai ‘diva’ di lokasi acara itu berlangsung.

Dakwa Ismail Izzani Enggan Bergambar

Jurugambar tersebut mendakwa Ismail dikatakan enggan mengambil gambar selepas dipinta olehnya. Malah beberapa pengguna media sosial yang lain juga turut memperakui sikap penyanyi itu. Membandingkan sikap selebriti lain seperti Elfira, menurutnya pelakon itu lebih menghargai mereka yang bekerja di acara itu serta turut mengucapkan terima kasih atas pendedahan mereka yang membantu meningkatkan imej serta populariti mereka.

Ismail Tidak Perasan, Mohon Maaf

Dalam perkembangan lain, Ismail menafikan mengenai dakwaan tersebut dan mengaku terlepas pandang akan permintaan jurugambar itu. Malah pelantun lagu Luar Biasa ini juga memohon maaf dan mengalu-alukan kerjasama diantara mereka pada masa kelak.Perkara-perkara seperti ini sememangya sudah sebati dengan dunia hiburan. Ada yang terlepas pandang dan mungkin ada juga yang disengajakan , hanya mereka yang tahu.

Artikel Sebelumnya3 Selebriti Wanita Ini Bakal Tunaikan Haji
Artikel SeterusnyaNeelofa Dedah Ambil Gambar ‘Selfie’ 15 Kali Seminggu!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress