Bercakap mengenai selebriti Neelofa, tidak ramai yang tahu beberapa sikap dan tabiat selebriti terkenal ini. Malah Neelofa atau lebih mesra disapa sebagai Lofa ini juga jarang sekali untuk dedahkannya pada umum.

IKLAN

Ambil Gambar Selfie Hampir 15 Kali Seminggu

Ketika ditemui Hangat.com, kami berjaya menemubual secara eksklufif pengacara MeleTOP ini dan bertanyakan beberapa soalan mengenai dirinya. Salah satu daripadanya adalah mengenai tabiatnya yang gemar untuk berswafoto (selfie).

Meskipun gambar yang dimuatnaik di Instagram nya jarang menunjukkan gambar selfie, namun percaya atau tidak Lofa sebenarnya mengambil gambar selfie hampir 15 kali dalam masa seminggu! Ada yang telah dimuatnaik di media sosial dan ada yang hanya disimpan di dalam galeri telefon bimbitnya.

“Saya sebenarnya tak berapa ingat berapa kali dalam masa seminggu saya selfie. Tapi boleh katakan agak kerap dan mungkin cecah 15 kali..”

Dilantik Sebagai Duta OPPO F9

Terbaru, Lofa sekali lagi dipilih menjadi duta kepada sebuah jenama telefon bimbit, OPPO dan kali ini menerusi model terbaru mereka, F9. Menurut Lofa, dia begitu berbesar hati menerima tawaran itu kerana percaya akan teknologi dan kemampuan jenama ini untuk berkembang lebih jauh.

BACA  Kontroversi Ayat Al-Quran Pada Busana Chanel Antara 11 Fakta Karl Lagerfeld Semasa Hidup

Ketika ditanya mengenai tanggapan pengguna diluar sana lebih mengenai jenama tersebut sebagai ‘Telefon Neelofa’, dia tidak kisah dengan tanggapan tersebut dan gembira kerana berjaya membawa telefon tersebut dengan baik. Meskipun pelbagai kontroversi yang melanda, namun rezeki juga mencurah-curah buat Lofa. Tahniah diucapkan!