Semalam telah berlangsungya sesi tayangan awal filem seram, Down A Dark Hall bersama-sama pembaca bertuah Hangat.com. Filem arahan Rodrigo Cortés ini mula ditayangkan serentak di seluruh pawagam TGV tanah air sejak semalam.

Menyeramkan Namun Banyak Plot Twist

Mengenai filem ini, sama seperti dahulu kami enggan menonton trailer nya kerana khuatir mempengaruhi fokus apabila menontonnya. Pada mulanya kami beranggapan filem ini merupakan kisah 5 orang kanak-kanak yang mempunyai kuasa luar biasa yang merungkai kepada misteri kuasa mereka.

Namun ternyata sangkaan kami salah kerana kuasa yang diperolehi sebenarnya adalah gabungan daripada makhluk halus yang mendiami sekolah tersebut. Pujian harus diberi kepada watak-watak hantu kerana kesan solekan pada wajah benar-benar menyeramkan sehingga ada ketika nya membuatkan penonton tersentak. Akan tetapi, perlu diingatkan fokus haruslah diberi kepada jalan ceritanya yang agak menggelirukan sedikit sehingga ada diantara kami terus kurang berminat dengan filem ini.

Sinopsis Down A Dark Hall 

Mengisahkan mengenai 5 orang remaja perempuan yang mendaftar disebuah sekolah berasrama dimana setiap daripadanya mempunyai kisah silamnya tersendiri. Setelah menginap disitu, kesemua mereka sedar mempunyai bakatnya tersendiri namun begitu kerana satu peristiwa salah seorang daripada mereka percaya bakat yang diterima adalah kerana rasukan makhluk halus yang mendiami sekolah itu malah guru-gurunya juga dipercayai mengamalkan ritual untuk memanggil makhluk-makhluk tersebut.

Seorang demi seorang bakal mati sehinggalah pendedahan dibuat. Untuk anda yang ingin merasai keseraman filem ini jangan lupa tonton Down A Dark Hall di pawagam berhampiran!

REVIEW OVERVIEW
Mesti Tonton
Artikel SebelumnyaMizz Nina & Noh Salleh Belum Putus Harapan
Artikel SeterusnyaFasha Sandha Dilamar & Akan Berkahwin?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress