Sebelum ini, tular di media sosial mengenai perbandingan diantara Kumpulan Hujan dan Kugiran Masdo yang dibuat oleh netizen. Malah ada yang menganggap kedua-dua kumpulan Indie ini mempunyai masalah dalaman diantara mereka.

Anjurkan Konsert

Kumpulan Hujan

Terbaru, Hujan dan Masdo dikatakan bakal bergabung didalam sebuah konsert yang dikenali sebagai Hujan x Masdo. Konsert yang buat pertama kali menggabungkan kedua-dua kumpulan ini bakal berlangsung pada hari sabtu bertempat di Pintu, MAEPS Serdang jam 8.30 malam.

Kugiran Masdo

Hampir 1000 Tiket Habis Dijual

Menurut pihak penganjur, hampir 1000 tiket telahpun habis dijual dimana dalam konsert ini sebuah segmen tribut khas untuk kumpulan Indie tempatan akan turut diadakan.

Dalam perkembangan lain, bagi merealisasikan ‘impian’ peminat mereka, Hujan dan Masdo akan saling bertarung menerusi konsep battle of the bands bagi memberikan persembahan yang terbaik. Kepada peminat kumpulan ini, jangan lepaskan peluang untuk lihat ‘pertarungan epik’ Hujan dan Kugiran Masdo!

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Wan Maimunah Masih Hidup! Ini Adalah Permintaannya Yang Terakhir
Artikel SeterusnyaNia Ramadhani Hanya Pakai T-Shirt & Lepas Rambut Saat Berangkat Naik Haji
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress