Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha telah berkongsi kisah lamaran seorang pemuda di Instastory beliau. Cuba nasib ke tu @shamsul_ajmal ? :p Nampaknya, komen tersebut menarik minat Fasha untuk membalasnya.

“ Pagi-pagi Jumaat budak 18 tahun dah ajak kahwin…Haih.

“ Apa pun terima kasih sebab ada keinginan nak kahwin dengan kakak yang dah tak berapa muda ni dik oiii,” tulis Fasha di Instagram.

Tambah pelakon berusia 34 tahun itu, dia menasihatkan agar lelaki itu belajar terlebih dahulu dan membantu keluarga sebelum berfikir tentang perkahwinan.

“Adik… baru 18, jangan la ajak kakak kahwin. Belajar dulu OK. Tolong keluarga awak dahulu,” katanya.

Tidak mengambil serius mengenai komen itu, Fasha sebaliknya berterima kasih kepada remaja berusia 18 tahun itu kerana mempunyai keinginan untuk berkahwin dengannya.

Fasha kini sedang berkawan rapat dengan aktor Aidil Aziz dan pelakon itu memberitahu mereka sudah bertemu keluarga kedua-dua belah pihak. Aktres itu memberitahu mereka berkawan baik sejak Aidil, 31, bergandingan dengannya untuk sitkom ‘Mamu Mami Gosip’ pada awal tahun ini.

Jaga-jaga ya dik, Abang Aidil Aziz serang nanti! Atau mungkin adik ini masih belum tahu bahawa Fasha sudah berpunya…?? Opsss… Apapun Hangat.com ingin mendoakan kebahagiaan untuk Fasha & Aidil. Jangan tunggu lama-lama ya, nanti diambil orang.