Penyanyi serta pelakon yang fasih berbahasa melayu, Elizabeth Tan atau lebih dikenali dengan nama panggilan Lizzy, memasang niat untuk menjadikan pelakon berbadan ‘sado’, Zul Ariffin untuk tampil dalam video muzik Police Entry. Namun hasrat Lizzy tidak kesampaian disebabkan jadual kerja Zul Ariffin yang terlalu padat.

Disebabkan hal tersebut, tempat Zul tersebut telah digantikan dengan bakat baharu, Harris Annuar, yang juga anak usahawan terkenal, Zaiton Hassan.

“Sebelum ini, saya dan Zul berlakon bersama dalam filem terbaru arahan Syafiq Yusof, Misteri Delaila. Malah, Zul sendiri ada menyuarakan keinginan untuk kembali bekerjasama, dengan meminta saya mengundangnya menjadi pelakon dalam video muzik Police Entry.

“Memang Zul sepatutnya menjadi model utama dalam video muzik lagu terbaru saya itu. Tetapi, dia pula tidak lapang ketika penggambaran diadakan. Berikutan kami mengejar masa, akhirnya rezeki menjadi milik Harris.” kata Lizzy.

Lizzu mengaku, masih banyak kelemahan perlu diperbaiki apabila menjadi pengarah video muzik buat kali pertama.

“Secara peribadi, saya puas hati dengan hasilnya. Begitupun, masih ada kelemahan perlu diperbaiki. Ia tampak agak ringkas.

“Saya juga memang kekurangan rakaman. Jadi, selepas ini saya kena pastikan mempunyai lebih banyak ‘shot’ untuk mengisi apa yang kurang.

“Saya berjanji, kalau ada lagi peluang untuk mengarah, saya akan melakukannya dengan lebih bagus.” katanya lagi.

Police Entry ialah single terbaharu daripada penyanyi yang berumur 24 tahun ini, lagu tersebut adalah hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Penggambaran video muzik berkenaan dilakukan selama dua hari di sebuah gudang yang terletak di Petaling Jaya.

“Dalam imaginasi saya, video muzik ini berkonsep gabungan tarian filem Burlusque dan K-pop. Saya mahu lenggok tarian ditampilkan lebih ghairah. Atas alasan itu saya mencampurkan kedua-dua gaya tarian terbabit.” Tambah Lizzy.

Mula dikongsi di laman YouTube pada 6 Julai lalu, sehingga kini klip berkenaan meraih lebih 3.8 juta tontonan. Hangat.com ingin mengucapkan tahniah kepada Lizzy atas kemunculan single terbaru ini, BRAVO!

SUMBERBH Online
Artikel SebelumnyaFasha Sandha Dilamar & Akan Berkahwin?
Artikel SeterusnyaMengapa Nabila Huda Tawar Hati & Enggan Bersuara Tentang Keluarga?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"