Beberapa bulan lalu, pelakon yang berkarakter iaitu Nabila Huda memuat naik luahan hatinya di Insta Stories mendakwa dia pernah dipukul dan dihalau rumah oleh seorang individu.

Nabila juga turut membidas tindakan wanita berkenaan yang didakwa telah memalukannya di khalayak ramai. Rata-rata netizen yang membaca status tersebut mengatakan ia seakan ditujukan kepada ibu tirinya.

Baru-baru ini, Nabila mendedahkan hubungan dengan bapanya, Amy Search dingin sejak beberapa tahun lalu dan mengakui sudah tiga tahun tidak berjumpa.

“Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa, bukan? Dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai. Sama ada ia akan pulih atau kekal begitu sahaja, saya sendiri tidak pasti. Apapun doakan sahaja yang terbaik buat kami.

“Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa. Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Nabila enggan mengulas mengenai apa yang berlaku antaranya dengan ibu tirinya itu demi menjaga hati ramai pihak.

“Saya memang sudah tawar hati dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya enggan lagi bercakap mengenai soal ini dan biarlah ia terhenti di situ. Saya bukannya muda lagi dan banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga sebelah suami,” katanya lagi.

Hangat.com berharap agar masalah antara mereka sekeluarga dapat diselesaikan dengan cara baik. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Bertabahlah Nabila, Allah sayang dengan orang yang bersabar.

SUMBERBH Online
Artikel SebelumnyaElizabeth Tan Mengaku Ingin Kembali Kepada Zul Ariffin?
Artikel SeterusnyaVanidah Imran & Rashidi Ishak Dilaporkan Sudah Bercerai
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"