Meskipun perkahwinan hampir menjengah ke usia 20 tahun, namun jika terdapat ‘ribut yang melandai’ pastinya sebuah rumahtangga itu diuji hebat.

Vanidah Imran Dan Rashidi Ishak Sudah Bercerai?

Terbaru, satu berita yang mengejutkan di mana sebuah akhbar tempatan melaporkan pasangan selebrti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak di khabarkan sudah tidak bersama lagi. Malah menurut sumber, Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu. Pasangan ini berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.

Vanidah Enggan Komen Lanjut

Bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut, Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee walaubagaimanapun enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai status hubungannya yang terkini bersama Rashidi.

“Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang”

Hangat.com difahamkan pasangan ini telah berpisah secara baik dan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Vee. Apa pun yang terjadi, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka!

SUMBERMStar Online
Artikel SebelumnyaMengapa Nabila Huda Tawar Hati & Enggan Bersuara Tentang Keluarga?
Artikel SeterusnyaLagu Terbaru Aliff Syukri & Nur Sajat Terkandung Unsur Lucah?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress