Dijangka bakal tular! Itulah harapan dua usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat Kamaruzzaman menerusi single terbaharu mereka yang kini sudah diperdengarkan beberapa sedutannya menerusi Instagram mereka.

Terkandung Unsur Lucah?

Meskipun belum dilancarkan secara rasmi, lagu tersebut yang juga hasil duet bersama penyanyi sensasi Indonesia, Lucinta Luna nampaknya semakin dikenali apatah lagi mereka turut menggalakkan peminat untuk menari bersama menerusi cabaran #bobodimanadancechallenge.

Terbaru, menerusi cabaran tersebut, netizen mendakwa tarian lagu itu seperti berunsurkan lucah kerana menggalakkan mereka untuk menggoyangkan buah dada.

Video Muzik Paling Mewah

Dalam perkembangan lain, menerusi ‘posting’ Aliff, dia mendakwa bahawa video muzik lagu mereka itu bakal menelan kos yang besar dan menjadi video muzik paling mewah di mana dianggarkan berjumlah 2 Miliar. Adakah lagu ini akan diterima baik oleh netizen? Sama-sama kita nantikan video muzik mereka!

Artikel SebelumnyaVanidah Imran & Rashidi Ishak Dilaporkan Sudah Bercerai
Artikel Seterusnya5 Filem Transgender Yang Membuka Mata Ramai Penonton
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress