Isu memalukan fizikal (body shaming) bukanlah sesuatu yang dipandang ringan dikalangan masyarakat malah ianya begitu serius kerana boleh mendorong ke arah kemurungan.

5 Selebriti Dan Isu Body Shaming

Berikutan isu ini menjadi perbualan hangat diseluruh dunia, Hangat.com rangkumkan kembali kontroversi ‘body shaming’ dan 5 selebriti ini. Siapa pun anda, jangan sesekali berasa kecil hati kerana setiap orang mempunyai tarikannya yang tersendiri.

4Zaihani Mohd Zain

Zaihani atau lebih dikenali sebagai Kak Zai dikalangan penggiat industri pernah tular gara-gara komennya yang menganggap individu yang berbadan gempal tidak layak hadir ke acara fesyen.

Turut melabelkan golongan tersebut sebagai peha melimpah, pengkritik fesyen ini teruk dikecam sehingga beberapa selebriti tampil membuat pengakuan berkenaan sikapnya yang terkenal dengan merendah-rendahkan sesetengah orang.

2Fazura

Sebagai seorang yang berpendirian tegas mengenai isu ini, Fazura tampil membuat kelainan dalam acara KLFW baru-baru ini dimana dia telah menampilkan seorang wanita berbadan gempal sebagai model peragaannya. Tindakannya itu jelas sekali mendapat pujian ramai daripada pelbagai pihak.

1Alicia Amin

Mahu isu ini dihentikan, bagi model dan pelakon Alicia Amin dia begitu terkesan dengan mereka yang terpalit dengan ‘body shaming’. Malah sebagai seorang model yang berbadan kurus, dia sama sekali gembira dan menyokong mereka yang bertubuh gempal dan tidak pernah memandang hina mereka yang tergolong dalamnya.

Artikel SebelumnyaJinggo Rasa Tercabar Bila Penonton Kritik Watak Janna Nick
Artikel Seterusnya‘Tunggu Kakak Ya!’- Fara Fauzana Sambut AidilAdha Di Lubnan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress