Nampaknya pengarah dan penerbit terkenal perniagaan Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya terkilan apabila menerima kritikan hebat daripada netizen mengenai drama bersiri terbaru terbitannya, Leftenan Zana.

View this post on Instagram

Assalamualaikum Malaya. Good day Geng Tok Sidang Semalaya…di mana saje komer berade… . #cerekatoksidang tengahari yang paneh ni pasei PEMBAKAR SEMANGAT !!!!!! . Nama teman Azman Yahya.. Orang pilem panggei teman Jinggo.. kat ig..nama teman Tok Sidang Malaya.. Kalau komer tujukan komen mengkomer pada #leftenanzana teman akan jadikan pembakar semangat dan cuba beri kelainan cerita tentera pembuka layar 2019 di tv3 ni.. . Terima kasih komer untuk semangat datangnye dari ORANG MELAYU UNTUK ORANG MELAYU! . Bukan senang mau jadi senang Bukan susah mau jadi susah Biar susah sebelum senang Bila susah senang jadi susah Senang senang senang jadi susah Susah susah susah jadi senang Susah senang senang jadi susah Senang susah susah jadi senang . Day 11 #leftenanzana- tv3 Pembuka layar 2019 . Mua aha hadoiii makk aiii tercabar lak Tok Sidang ni😜 . Hunhuuuuuuuu😜😂😅 Ha haaaaaaaa😂😅😜

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures) on

Lebih mengecewakan kata Jinggo, hentaman yang diterimanya adalah daripada orang melayu ditujukan kepada orang melayu.

“Kalau anda tujukan komen  pada #leftenanzana, saya akan jadikan pembakar semangat dan cuba beri kelainan cerita tentera pembuka layar 2019 di tv3 ni. Terima kasih anda untuk semangat datangnya dari ORANG MELAYU UNTUK ORANG MELAYU. Hadoiii makk aiii tercabar lak Tok Sidang ni!”

Sabar ajelah Jinggo!, penonton tak kan pernah rasa puas dengan drama-drama melayu. SUdah menjadi kebiasaan yang mengkritik lebih ramai dari menyokong. Difahamkan drama yang dihasilkan merupakan naskhah pertama Janna Nick membawakan watak sebagai seorang anggota tentera.

Artikel SebelumnyaAliff Aziz Didakwa Menipu & Songlap Duit Usahawan Muda
Artikel SeterusnyaApa Kaitan 5 Selebriti Ini Dengan Isu ‘Body Shaming’?
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.