Rata-rata peminat sudah mengetahui, kini Fara Fauzana aktif dalam misi kemanusiaan walaupun pada masa yang sama dia sibuk dengan Dbilique, sebuah program dalam laman sosial Facebook bersama bekas rakan gandingannya Faizal Ismal.

Terbaru, Fara baru saja berangkat ke Beeqa, sempadan Lubnan dan Syria untuk Misi Qurban Syria iaitu misi terakhir selepas dua misi telah berjaya dilaksanakan sebelum ini iaitu Misi musim sejuk dan Misi ramadhan alkareem.

Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang aktif membela pelarian di negara bergolak Syria. Pelbagai bentuk bantuan dihulurkan kepada rakyat negara itu menerusi beberapa misi bantuan kemanusiaan bagi tujuan meringankan pelarian Syria yang ditindas.

Fara atau nama penuhnya, Farah Fauzana Mohd Fadzil, yang juga duta MLLFS berkongsi berkongsi keterujaan dalam akaun Instagram miliknya untuk bertemu anak Syria di sana.

“Tunggu Kakak Yerr!, “

“setiap kali nak pergi misi mesti nervous.. doakan yea” Tulisnya di Instagram

Beliau yang terkenal dengan panggilan Fafau, sempat mengingatkan kepada orang ramai bahawa masih sempat untuk menghulurkan sedekah dan boleh dapatkan maklumat di Instagram akaun @malaysia4syria.

“Moga mereka gembira dengan pemberian kalian untuk ibadah Qurban tahun ini”

Mengikut kenyataan Fafau di Instagramnya, sebanyak 150 ekor kambing akan dikorbankan untuk mereka di Lubnan.

View this post on Instagram

*B A N J I R Q U R B A N* . Hah, Banjir Qurban ?! Qurban pun boleh banjir ? . Tidak. Apa yang kami nak cuba untuk sampaikan dengan istilah ini adalah di Malaysia, amat mudah untuk kita mencari dan melakukan ibadah Qurban. Ibadah Qurban tersedia di mana-mana sahaja. . Hari Raya Aidil Adha di Malaysia ini ibarat dibanjiri dengan Qurban. Amat mudah untuk kita merasai keenakkan daging Qurban ini. . Namun tidak bagi rakyat-rakyat di Syria . . Mereka tidak mampu membayangkan nasib mereka untuk hari esok, inikan pula membayangkan keseronokan menyambut Qurban. Nyawa mereka sentiasa terancam kerana pengeboman dan serangan yang berlaku tanpa henti. . Ayuh, kita sama-sama bantu mereka untuk berqurban. . Ingin membantu namun tidak berkemampuan ? Kami faham. Oleh sebab itu, kami menyediakan sedekah Qurban untuk kalian turut serta membantu saudara-saudara di Syria berqurban. Sedekah Qurban kini kembali dengan hanya serendah RM100 ! . . Sedeqah qurban akan dikira sebagai sedekah, sedekah yang diberikan itu akan dibelikan kambing untuk disembelih dan dagingnya diagihkan kepada rakyat Syria. . Ayuh kita mulakan bersama. . Salurkan sumbangan anda ke : . MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA BERHAD MAYBANK : 5648-1051-3971 BANK ISLAM : 14-210-01-000988-2 . Anda juga boleh membuat bayaran penyertaan Sedeqah Qurban di atas talian melalui pautan berikut : www.billplz.com/infaqRM100kambing . *Bagi mereka yang berhasrat untuk menyertai Qurban/Aqiqah sila klik :* https://qurban4theneedy.org/product-category/qurban-pakej-d/ . *Sumbangan-sumbangan lain boleh disalurkan ke pautan berikut : www.billplz.com/infaqsyria . Jom semarakkan ibadah kita pada tahun ini! Semoga setiap sumbangan yang diberikan mampu melakar senyuman untuk rakyat Syria. . Oh! dan jangan lupa klik LIKE dan SHARE agar lebih ramai yang dapat mengetahui tentang info ini. . Terima kasih dari kami, Tim Penyembelihan Agung – Qurban dan Aqiqah untuk SYRIA Qurban for the Needy SYRIA. ❤️❤️

A post shared by Malaysia Life Line For Syria (@malaysia4syria) on

Jika anda mahu memberikan sokongan kepada misi bantuan dilakukan MLLFS dengan menghulurkan sumbangan, boleh disalurkan ke akaun Maybank 564810513971, Bank Rakyat 111151001155, Bank Islam 14210010009882 dan Affin Islamik Bank 105040030883 atas nama MLLFS Berhad.

Artikel SebelumnyaApa Kaitan 5 Selebriti Ini Dengan Isu ‘Body Shaming’?
Artikel Seterusnya“Terlalu Bodoh!” – Wardina Safiyyah Anggap Aliff Syukri Sudah Melampau
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.